Rabu, 17 November 2010

Berkorban Nikmat dunia yang sementara Cuma..


Alhamdulillah hari yang penuh sejarah pengorbanan 10 zulhijjah telah dan akan berlalu untuk tahun 1431 H ini. Namun bibit pengorbanan begitu sukar untuk diabsorbkan dalam diri ini lagi.,,

Sebagai manusia biasa, yang seringkali kelabu mata dengan kenikmatan sementara, aku tidak lari dalam kepayahan untuk mengorbankan kebiasaan yang seringkali membuatkan aku alpa terhadap kecintaan Kepadanya.

Sebagai manusia yang fitrahnya biasa, kita mungkin tidak boleh menjadi yang terbaik, namun kita berupaya menjadi yang baik. Namun titi menujunya tidak lain melainkan dengan melakukan sedikit pengorbanan. Betapa ruginya sebagai manusia, apabila kita sanggup berkorban apa pun jua disebabkan manusia yang dicintai, sebab rakan yang disayangi, namun tidak sesekali kita menyanggupi pengorbanan dalam menggapai redha Allah yang Hakiki..

Berkorban melepaskan apa yang kita sayangi demi untuk menggapai keredhaanNya perlu kita letakkan sebagai ghoyah ( matlamat, aim ) kita yang utama. Amatlah rugi kita andainya membuat pelaburan di dunia dan keuntungannya hanya membaja nafsu ammarah dan menjauhkan diri daripada Allah.

Kehidupan yang sementara ini tidak cukup bermakna, andai kita tidak mampu menjadi air yang bisa menyuburkan tanaman yang lain. Secara mudahnya, tidak cukup sekadar hanya menjadi insan yang hidup untuk batang tubuh sendiri, tanpa mampu memberi dan meninggalkan manfaat terhadap orang lain. Manfaat kebaikan dalam bersama-sama memikirkan kesulitan insan lain, disamping turut meringankan bebanan insan lain. Melihat kembali kepada senario kehidupan manusia di alam yang fana ini, hati menggerutu geram dan pedih, saban hari manusia kian rakus menjadikan dunia ini sebuah gelanggang tanpa undang-undang. Berleluasanya perbuatan yang tidak baik yang dilakukan. Tidak sesekali kah terdetik rasa bahawa ini lah gelanggang yang Punya CCTV terbesar rangkaiannya yang akan merakamkan bukti-bukti sahih terhadap apa sahaja yang kita lakukan. Tidak kah kita tahu bahawasanya Allah maha melihat dan maha menilai setiap inci apa yang telah diperbuat oleh semua hambaNya di muka bumi ini.

Kalau lah semua bisa menjadikan hari ini sebagai titik tolak berkorban untuk kebaikan, Mungkin sedikit akan aman manusia di muka bumi ini. Sedarkah kita sebagai hamba , Iblis dan Syaitan tidak pernah leka di dalam menyesatkan umat Muhammad iaitu dengan menggunakan manusia dan keindahan dunia sebagai perantara.... sama2 pertimbangkan nikmat dunia yang sementara untuk mengejar nikmat Hakiki Di Sana.....



Aku sangat2 Kerdil.....

Seringkali Alpa, Menulis untuk memberi sedar pada jiwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan