Selasa, 16 November 2010

Aku telah lama, selalu dan suka pada Rindu


Artikel ini ku tulis di saat sahaja baru sebentar tadi keluarga menelefon ku. Menanyakan diriku di sini bagaimana menyambut aidil Adha. Ku kata kan sahaja dengan selamba tiada yang istimewa. Orang lain sedang bergembira dan sibuk barangkali dengan rutin perayaan masing-masing,

namun aku sendiri dengan Hati. Adussh... sedih ni....

Cukuplah aku menghayati EidulAdha kali ini. Seperti lazimnya, kurangnya meriah perayaan semakin mendekatkan kita kepada intipati perayaan itu sendiri. Tiada kesibukan membeli baju raya baru, tiada kesibukan membuat itu dan ini, namun ya, yang paling utama sebenarnya pabila tiada yang itu dan ini maka bisa semakin mendekatkan kita kepada pemberi nikmat saban waktu...

Kembali kepada tajuk artikel ini, aku pun tidak tahu sebenarnya, kenapa tajuk ini

ku pilih untuk cepat sekali ku siapkan. Mungkin disebabkan beberapa perkara yang menerjah benak minta dizahirkan. Kerna bagi diriku, Rindu ni begitu besar makna frasanya terhadap diriku. Pertama, bagi ku rindu itulah adalah pabila kita seringkali mengingatkan akan peristiwa-peristiwa yang rutin kita lakukan sebelumnya ataupun makna yang kedua apabila kita sangat ingin-ingin kembali kepada pengalaman yang lalu... yargggghhh.... Rinduku atas sebab Jalan yang kebelakang pernah kulalui. Seringkali airmata mengalir sedih ataupun juga gembira yang bercampur baur tatkala rasa itu tiba.

~Form 5, belum bertemu Jalan~

“kenapa Yani semakin Jauh sekarang”..........

Aku sebenarnya tiada jawapan yang jujur untuk itu, maafkan wahai sahabat yang begitu mengambil berat akan diriku. Aku juga manusia biasa yang ada termometer penyukat suhu semangat di dalam tubuh. Mungkin pernah suatu tahap suhu pada termometer itu tinggi kemudian rendah setelah itu menyebabkan sahabat itu menerjah mencari kesimpulan disebalik result tersebut. Telah sekian lama dipendam kan sahaja. Aku juga menyedari mungkin, bahawa terkutuknya diriku memilih cara mengisolasikan diri disaat ku kira agak sukar mengasimilasikan diri dengan watak-watak baru di dalam pentas teater itu... maafkan aku kalian ... Cuma ingin aku katakan melalui ini, bahawasanya semakin aku jauh semakin aku rindu. Semakin aku kembali kepada kelaziman ku dulu, semakin aku pilu.

Aku kembali kepada kehidupan beberapa tahun sebelumnya...

disaat kaki mula bertatih, aku jatuh namun aku tidak sakit untuk terus bangkit walaupun jatuh dan terus jatuh lagi. Bukan sedikit air mata yang jatuh di saat telah mampu berlari-lari anak mencari makna disebalik setiap ketetapan ilahi. Di saat aku sedih aku bangkit untuk mengutip kekuatan, disaat aku gagal dan jatuh aku bangkit lagi membetulkan kesilapan, tatkala aku sedih dicaci dan dimaki ada teman disisi merasai pedih, kemudian aku tertawa lagi, tika tersalah tingkah ada yang sudi mengkoreksi aksi, aku istighfar lagi...

Kini aku akan pergi... Mohonku kepada semua yang pernah merasai sudah jauh dengan diriku bahawasanya, aku rindu semuanya yang pernah kulalui.... Kalau waktu diputar tatkala aku kembali kewaktu yang lalu ~ aku akan merindui yang dinamakan takdir hari esok.

Dugaan demi cabaran yang ditimpakan buatku, sekadar stesen untuk melihat bagaimana aku menanggapi sesuatu dengan ikhlas dan redha.

Dikesempatan 1431H yang masih ada,

Setiap ruang yang ada,

Detik yang tersisa,

Waktu yang berbaki Cuma,

Aku insan Kerdil memohon ampun dan maaf atas semua khilaf terhadap yang pernah mengenali dan kenal kepada diriku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan