Jumaat, 15 April 2011

Aku Insan Biasa

Praise To HIM....... Alhamdulillah

Berakhirnya minggu ini, melewati saat2 terakhir di Smk Seri Pengkalan, Sekolah yang memberikan ku 1001 ruang belajar menunaikan amanah. Menjadi guru disebuah gedung ilmu. Tempat bermulanya langkah2 umat melakar NAMA siapa kelak mereka ini. Semakin hari semakin mendapat rentak. Semakin sayang dengan mereka. Mentaliti sebagai seorang guru tidak boleh berbentuk -ve terutamanya kepada anak-anak didik. Mereka memerlukan Kita untuk memandu arah mereka. Justeru apapun untuk mereka kita mesti optimis.

Aku rasa aku dah cukup Berusaha untuk memastikan mereka menerima hasil kerja semaksimalnya daripada aku. Justeru, seringkali Luluh hatiku , apa yang cuba kuberikan tidak dihargai. Nota-nota fotostat yang aku beri, bila aku nak cek mulalah... ├žikgu saya tak dapat, cikgu saya punya hilang, cikgu saya tinggalkan kat rumah... AllahuAkhbar.... How come My Dear.... ?? Kamu nak apa sebenarnya datang sekolah ni.??? Tapi, Honest ....aku mula melatih diri memoloskan hati. Malas mcm mana pun dorang, nakal sgt pun, serta kurang ajar mcm mana pun, selangkah kaki ku keluar daripada kelas mereka, aku menghalalkan segalanya. Aku koreksi diri. Apa silapnya aku. Ku beri mereka ini dan itu, kenapa langsung tak dihargai???? Allahurabbi. Seringkali aku merungut atas sikap-sikap pelajar-pelajar sekarang, kerana begitu keterlaluan sekali sahsiahnya bagiku. Kmudian aku trus Jump ke 1 konklusiku sndiri, bahawa siapa dan bagaimana pelajar-pelajar kita bertitik tolak apa dan bagaimana mereka di rumah. Bagaimana didikan mereka di rumah. Justeru benarlah satu cermah yg disampaikan oleh Ust.Badlishah bahawa untuk menghasilkan sebuah pendidikan yang seimbang Sekolah dan rumah perlu memainkan peranan bersama. Hal ini demikian kerana, 50% dan 50% pecahan adalah mencakupi kedua-dua aspek rumah dan sekolah. Sekolah berperanan sebagai mengasah potensi otak, manakala rumah pula berperanan membentuk potensi watak.

Melahirkan kecemerlangan otak sahaja tidak cukup seandainya watak mereka tidak dapat di asah dan dibentuk dengan acuan yang sempurna. Hargai tunas-tunas muda ini dengan sebaiknya, kerana mereka masa hadapan kita.

Mengambil ibrah serta intipati kepada ulama besar imam Abu hanifah*, ketikamana ditanyakan kepada ayahnya, bagaimana cara mendidik beliau sehingga anaknya Berjaya menjadi seorang Ulama Besar. Jawapan daripada beliau bahawa, didik anak 40 tahun sebelum anak itu dilahirkan. Maknanya, daripada mencari ibu kepada si anak perlu diteliti. Mencari ibu kepada si anak amat penting. Kerana itulah acuan penting yang perlu dicari. Tidak akan sebuah acuan segi empat dapat menghasilkan bentuk yang bulat. Setelah itu daripada proses prekelahiran, post kelahiran, mendidik 7 tahun pertama, 7 tahun kedua seterusnya. 7 tahun pertama adalah proses mendidik mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Manakala dalam proses 7 tahun kedua adalah proses mendisiplinkan mereka. Sebegitu detail sekali perincian didikan anak2 sebenarnya. Justeru sebagai ibu bapa, mahupun bakal Abi dan Ummi, penuhkan dada mu dengan ilmu sebelum mahu melahirkan generasi yang benihnya betul2 seperti mutiara yang sangat berharga.



*Imam Abu Hanifah


Riwayat Hidup -Beliau dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bersamaan dengan 699 Masihi di Kufah semasapemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan.


-Nama sebenarnya ialah An-Nukman bin Thabit.


-Imam Abu Hanifah rahimullah berasal daripada bangsa Parsi.


-Beliau digelar "Abu Hanifah" kerana beliau sentiasa bersama tinta untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya.


-Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di dalam penjara ketika berumur 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad.


-Beliau adalah pengasas "Mazhab Hanafi".


Sifat2 Peribadi


-Imam Abu Hanifah mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi.


-Beliau berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran.


-Beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang memerlukan bantuan tanpa mengira usia, pangkat dan darjat.


-Imam Abu Hanifah seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya.


-Beliau seorang yang bertakwa kepada Allah S.W.T., warak, qana’ah dan tidak tamak pada harta kekayaan.


-Beliau juga seorang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam. Pendidikan


-Sejak kecil, Imam Abu Hanifah berminat mempelajari ilmu pengetahuan.


-Beliau sempat menuntut ilmu dengan beberapa sahabat nabi. Antaranya termasuklah Anas bin Malik,Abdullah bin Abi Aufa, Sahal bin Abi Saad, Abdullah bin Al-Harith dan Abdullah bin Anas.


-Beliau juga menuntut ilmu daripada 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabi'in. Ilmu-ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu tauhid, ilmu Al-Quran dan ilmu hadis. Beliau juga mahir dalam bidang sastera


Sumbangan dan Jasa


-Beliau rajin menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama.


-Imam Abu Hanifah seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih.


-Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hukum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadis nabi.


-Berbekalkan kebolehan yang di milikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang ini. Beliau juga menyusun kitab "Al-Faraid" (harta pusaka) dengan lengkap.


-Antara hasil-hasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah: i.Fikah Akbar. ii.Al-A'lim Wal-Mutaa'lim. iii.Masnad, fikah Akbar dan lain-lain.



~AKU TIDAK PUNYA APA-APA SEBAGAI HAMBA, ANDAI ILMU TIADA DI DADA~


cikgu Adriyani....

Jumaat, 1 April 2011

CATATAN TERBARUKU

Assalamualaikum wtb.........

Alhamdulillah, seketika ini, masih diberikan kesempatan ruang & waktu untuk berinteraksi dengan Kalam maya ini. Sudah begitu lama rasanya saya meninggalkan ruang ini . 24 jam pinjamanNya saban hari tidak dapat di catur dengan baik. Lalai sekali untuk memaksa diri memutarkan buah fikir.

AllahuRabbi... Tokoh perubatan Islam IBNU SINA yang juga punyai waktu pinjaman tidak lebih daripada saya bisa meninggalkan beratus-ratus karya dan buku, syair dan catatan yang bermanfaat sehingga dikenali oleh generasi Y pada masa kini. Namun aku, apa kelak yang bakal ku tinggalkan untuk Umat sebagai bekalan yang terus mengalir??? AllahuRabbi...

Telah menginjak ke minggu ke-9 menjalani praktikal dalam bidang pendidikan. Mempelajari pelbagai praktik dalam bidang perguruan. Tidak Mudah. Juga tidak senang menjalani watak sebagai Guru. Sebagai orang yang menunjuk ajar hingga tahu. Tidak mudah menanggung beban amanah ini yang kelak akan menjadi bahan penghakiman di mahkamah Allah.

Kelak, tangan, kaki , mata , hati yang diusung menunaikan amanah ini akan menjadi saksi di desa abadi nanti. Tiada satu pun akan terlepas dari dihakimi. Semakin hati dan jiwa dirundung kegelisahan menunaikan amanah dan mengejar penilaian manusia terhadap pengajaran dan Pembelajaran, suatu yang sangat aku sayu apabila menemui semakin hampir keyakinan dan Kecintaan fully hanya kepadaNya. Sangat bersyukur kepadaNya. Aku yakin, aku merancang, jika Berjaya mahupun gagal DIA lah yang menentukanNya. Kenapa perlu aku kecewa atas segalaNya. Kerana dialah pemegang Taqdir.

Seawal minggu pertama hingga ke-4 terkadang aku down apabila terasa teramat sukar untuk mendidik anak-anak ini. Semakin tidak menghormati aku di hadapan dengan pelbagai karenah yang sesak nafas untuk ditangani. Dan bukan tidak pernah hasil pembelajaran gagal dicapai disebabkan karenah mereka yang terlalu teruk aku rasa. Namun Aku menadah hati kehadratNya saban malam dan saban waktu agar berada dihatiKu untuk membekalkan aku pertolongan. Alhamdulillah sehingga Kini tidak lekang daripada mulutku untuk mengingatiNya. Besar lah jiwaku ini untuk memastikan mereka bukan menjadi MESIN yang bergred A, tetapi menjadi Manusia yang mempunyai Gred insan. Manusia yang kelak boleh memanusiakan... Merekalah sebagai bekal AkhiratKu... -----------------> To be continue