Isnin, 19 Disember 2011

MUHASABAH SEBUAH KEMATIAN




.................................


BismillahirRahmanirrahim,

Dengan Nama Allah, Al-Muqaddim & Al-Muakhir
Pastinya Engkau yang memulakan dan mengakhirkan setiapnya.
Kelahiran,kematian semuanya bukan kekuasaan kami melainkan mu ya Rabb...

Kelmarin ( 4 Dis 2011) dengan taqdir Allah, dapat kami melunaskan tanggungjawab sebagai saudara seislam melawat jenazah saudara sahabat yang terletak di batu 6 yang meninggal dunia akibat kemalangan yang mengorbankan ibu dan seorang anaknya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Setibanya kami ( muslimat Kinabatangan) di sana, jenazah baru selesai di kafankan. Suasana sedih menyelubungi , sanak saudara dan rakan taulan memenuhi perkarangan rumah sehingga ke luar untuk datang memberi penghormatan terakhir.
Kepiluan menerjah benak, berfikir “bagaimana saat ku akan pergi yang tidak tahu bila-bila masa jua, sudah bersediakah aku untuk menghadapNya, hatta amalan&ibadahku hanya sekelumit Cuma, layakkah aku nanti diterima di kalangan orang-orang beriman??” monolog hati, disaat bersama sahabat membacakan Yaasin untuk arwah.
Kami mohon beredar setelah jenazah disembahyangkan sementara menanti untuk dikebumikan selepas zohor. Semoga keluarga Arwah tabah merelakan keduanya pergi.

Pagi ini ( 5 Dis 2011) dalam membelek FACEBOOK, terbaca status bekas anak muridku ( smasa praktikum ) tentang pemergian seorang guru di sekolah tersebut. Untuk mengesahkan hal itu, terus aku call, seorang cikgu yang agak rapat dengan ku di sekolah itu, namun xdangkat, lagi aku cuba mesej cikgu yang juga bekas housmate di sekolah tersebut menanyakan hal itu. Msej kak Naju, mengesahkan, pemergian Arwah pada pkul 11.30 hari ini. Allahurabbi, tergamam seketika aku, semacam sukar untuk percaya, seolah-olah baru sahaja berbual, bertukar cerita dengan Arwah. Sungguh, smua telah tersurat di Luh Mahfuz, kita hanya watak pinjaman di dunia. Arwah Cikgu Julaila, mungkin saat entry ini ku taip telah slamat dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan Perak, selesai sudah kehidupan fana nya di dunia.
Arwah antara yang selalu aku berkongsi cerita, meminta pendapat dan kadang bergurau senda di dalam bilik guru sepanjang berpraktikum di sekolah yang sama. Kebetulan meja kami tidak lah jauh kedudukannya. Memandangkan saya ada mengajar kelas yang sama dengan arwah, jadi selalu juga saya merujuk dan mengomplen kepadanya pasal karenah pelajar kelas tersebut. Sedikit sebanyak arwah juga banyak berkongsi cara menangani pelajar-pelajar kelas tersebut. Pernah juga saya mencuri sedikit masa kelas arwah ( dengan persetujuan arwah) untuk membuat persiapan di cerap oleh Pensyarah ( kebetulan masa kelas arwah sebelum masa saya ). Semoga arwah dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.

Macam terngiang-ngiang sahaja suara Arwah cgu Julaila saat panggilan nya kepada ku
“ yani ada kelas ke, akak nak tumpang meja yani kejap, meja yani sejuk dekat aircond,” segar lagi kata-kata arwah di halwa telinga ku. Seringkali juga, arwah bercerita pengalamannya semasa menuntut di UPSI suatu ketika dahulu. Kiranya arwah juga bekas senior ku suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, berkesempatan berkenalan dengan arwah. Semoga arwah tenang di sana..... Aminn. Sememangnya muhasabah yang paling baik adalah muhasabah kematian. Iktibar yang boleh menjadikan hati kita semakin mencintai dan mengingati pencipta kita saban waktu dan ketika.
Dan sejak daripada melawat jenazah hari itu, aku smakin memikirkan tentang kematian dan ketakutan untuk saat itu. Takut dijemput tatkala amal ibadahku masih tidak cukup sebagai bekalan. Sesungguhnya dambaan ku SyurgaMu ya Allah. Jauhkan aku daripada azab api neraka mu yang panas membara.

*catatan berakhir
------di update di bulan muharram------

RE-UNION & KAWENAN




Alhmdulillah. Terus jua tangan dialun mngatasi kmalasan( abislah bahasa) , mngatur ayat. Mengibas2 sesawang yg bertahun diternak ni. Huh.. lama dah tak menulis, rindu sangat.,

New wish 4 the 1st Muharram 1433H, more pro-active with my blog., I’Allah, moga ada ruang beraksi.

Terasa rugi pula membiarkan banyak perkara berlalu tanpa dibiarkan dengan makna di sini. Huhu ( akan cuba recover balik apa yg terlepas)
4 this new entry, mau cakap pasal musim kawin.. tiba musim sekolah, situlah juga tibanya musim kawin.. & antara yg melabuhkan tirai bujangnya, my bff yg cutey, cik Siti Aminah.. dgn pilihannya, encik Mustaman. Huhu smoga berbahagia sehingga hujung Nyawa dan merentasi ke FirdausiNya. Amin.

Sedih, iyalah everything will chnge kan after tis..selalu bersama Lepak2 di pasti pula, mesti ada. Ke mesyuarat program ( kalau di sndakan) mesti sekereta ( kereta adah mujahadah, pengangkutan utama) .... mesti ada sahaja cerita lucu yang menimbulkan tawa. Nanti aku wat cerita andopal khas tuk U Mina....huhuhu swear, i sedih sgt ... but reda ,must.,
YaAllah, gmbira hati ini, dapat juga jmpa wajah2 teman2 lama at u wedding Min. No matter i try to ambil si mummy zara at that early morning , jauh plak tu d btu 32...( jau ker) haha..tapi yg paling aku xsabar, mau jmpa c baby akif, makin handsome dia. Comey...comey... Alhamdulillah, di majlis ni dapat jumpa aida, zaharah,linda,Juliana( tapi sedihnya ndak jumpa Nurrina pun)....



Ni geng bus skolah spm 2004....... miss u ols...




.................Betulkan comel... ....................


Min kami minta diri untuk pulang ya. InsyaAllah lepas ni jumpa lagi.I'Allah tingkuang mu akan kami pergi.....hehe


3 Disember 2011
Alhamdulillah Berkesempatan memenuhi jmputan sahabat. Kali ni tempatnya di batu 3( kg Usaha Jaya). Smpena knduri kak Salsiah @ kak siah dengan pasangan Nikahnya encik Hafiz ( formal lak).... Tema Majlis hari ni Biru ( kebetulan masuk tema juga- pakai baju biru) .
Setibanya kami ramai sahabat handai dan keluarga mempelai yang datang meraikan. Kami dengan dua buah kereta ( sa keta muslimat & sa lagi keta Min). Sempat jumpa ngan ex- guru kelas form 3, cgu Khamsah....... cgu ni maintain remaja n awet muda. Xoxoxoxo....Penyambut dan pelayan kami hari tu, teka siapa????? Xlain xbukan si sang somot dan c Dot yang maintain jelita (hahaha).. terima kasih layanannya.
Kami tinggalkan rumah kak siah dengan sedikit hadiah dan sudah semestinya doa untuk mereka,. Semoga hari ini, selepas akadnya dan bahtera mula belayar di lautan cinta kebahagian akan memandui arah bahtera kalian. Ya, sudah semestinya skali dua bahtera akan bergoncang dek angin dan taufan, tetapi yang paling penting utuhkan kepercayaan dan Iman untuk memandui bahtera ini ke destinasi harapan iaitu-----> ke SYURGAnya Ilahi bersama-sama.


-----( huhuh, kamera tetinggal d keta, xsmpat take pic masa tue-------

catatan yg terlewat

---- update telewat( catatan dlm inbox, lambat d post)-------

Ahad, 11 Disember 2011

Buka Buku Baru

Sekarang budak2 mudah jak hafal lagu cinta muka buku .. mnjadi siulan anak2 remaja skrg lagu tu.. so, aku pun renovate skit, jadilah tajuk entry yg bunyi akan2 sma, tapi xsama langsung k. Aku bukan mau cakap pasal tu. The main point, kali ini aku mau coret pasal the new 1433H for muslim calendar. Alhamdulillah, masih lagi dipinjamkan Allah nikmat udara yg tidak terperi pentingnya. Masih diberikan nikmat kesihatan tubuh untuk menjalani hari2 yang mendatang. Masih diberikan kecukupan makan & pakai sehingga mudah melalui kehidupan yang penuh tantangan. Justeru, masih brkesempatan bertemu tahun baru islam kali ini. Bulan MUHARRAM..

Sempena kedatangan tahun baru islam ini, dekat sminggu juga lah baru berupaya menghapdate pasai hijrah ni, lambat atau tidak mesti juga kena masuk entry ni., rugi serugi2 nya kalau tdak ada entry ni dalam move forward..

Sebagai tanda buka buku baru lah. Means, buku yang lama biar disimpan saja dalam kamus kenangan untuk rujukan muhasabah., isi yang baik kita transfer saja ke dalam buku baru, yang kurang baik ya kita smpan kedap dia dalam ruangan memori yg tak mau kta guna lagi, bawa ke recycle bin, then bila perlu sahaja kita tengok kembali sebagai panduan hari depan, yang salah jejaknya kita pernah lalui agar, xmungkin jejak yang sama berulang kembali.

Segelintir indvdu, guna kan Muharram wahid, sebagai titik untuk membuat bberapa wishlist untuk tahun ini, namun, aku plak... xdanya nak berazam itu , impian ini. Cukuplah hari depanku diberikecukupan olehNya, sehingga aku tdak mengharap selainNya,. Semoga iman dan islam ku semakin utuh mengakar, menumbuh dan membuah... Aminnn...Semoga jua aku tdak akan lagi gentar selain gentar kepadaNya.
Bersama Mengimarahkan Muharram


........................................



#Subhanallah, smalam gerhana Bulan, Sempat diberi peluang menyaksikan olehNya.

Catatan berakhir,’
Wassalam.