Isnin, 19 Disember 2011

MUHASABAH SEBUAH KEMATIAN




.................................


BismillahirRahmanirrahim,

Dengan Nama Allah, Al-Muqaddim & Al-Muakhir
Pastinya Engkau yang memulakan dan mengakhirkan setiapnya.
Kelahiran,kematian semuanya bukan kekuasaan kami melainkan mu ya Rabb...

Kelmarin ( 4 Dis 2011) dengan taqdir Allah, dapat kami melunaskan tanggungjawab sebagai saudara seislam melawat jenazah saudara sahabat yang terletak di batu 6 yang meninggal dunia akibat kemalangan yang mengorbankan ibu dan seorang anaknya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Setibanya kami ( muslimat Kinabatangan) di sana, jenazah baru selesai di kafankan. Suasana sedih menyelubungi , sanak saudara dan rakan taulan memenuhi perkarangan rumah sehingga ke luar untuk datang memberi penghormatan terakhir.
Kepiluan menerjah benak, berfikir “bagaimana saat ku akan pergi yang tidak tahu bila-bila masa jua, sudah bersediakah aku untuk menghadapNya, hatta amalan&ibadahku hanya sekelumit Cuma, layakkah aku nanti diterima di kalangan orang-orang beriman??” monolog hati, disaat bersama sahabat membacakan Yaasin untuk arwah.
Kami mohon beredar setelah jenazah disembahyangkan sementara menanti untuk dikebumikan selepas zohor. Semoga keluarga Arwah tabah merelakan keduanya pergi.

Pagi ini ( 5 Dis 2011) dalam membelek FACEBOOK, terbaca status bekas anak muridku ( smasa praktikum ) tentang pemergian seorang guru di sekolah tersebut. Untuk mengesahkan hal itu, terus aku call, seorang cikgu yang agak rapat dengan ku di sekolah itu, namun xdangkat, lagi aku cuba mesej cikgu yang juga bekas housmate di sekolah tersebut menanyakan hal itu. Msej kak Naju, mengesahkan, pemergian Arwah pada pkul 11.30 hari ini. Allahurabbi, tergamam seketika aku, semacam sukar untuk percaya, seolah-olah baru sahaja berbual, bertukar cerita dengan Arwah. Sungguh, smua telah tersurat di Luh Mahfuz, kita hanya watak pinjaman di dunia. Arwah Cikgu Julaila, mungkin saat entry ini ku taip telah slamat dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan Perak, selesai sudah kehidupan fana nya di dunia.
Arwah antara yang selalu aku berkongsi cerita, meminta pendapat dan kadang bergurau senda di dalam bilik guru sepanjang berpraktikum di sekolah yang sama. Kebetulan meja kami tidak lah jauh kedudukannya. Memandangkan saya ada mengajar kelas yang sama dengan arwah, jadi selalu juga saya merujuk dan mengomplen kepadanya pasal karenah pelajar kelas tersebut. Sedikit sebanyak arwah juga banyak berkongsi cara menangani pelajar-pelajar kelas tersebut. Pernah juga saya mencuri sedikit masa kelas arwah ( dengan persetujuan arwah) untuk membuat persiapan di cerap oleh Pensyarah ( kebetulan masa kelas arwah sebelum masa saya ). Semoga arwah dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.

Macam terngiang-ngiang sahaja suara Arwah cgu Julaila saat panggilan nya kepada ku
“ yani ada kelas ke, akak nak tumpang meja yani kejap, meja yani sejuk dekat aircond,” segar lagi kata-kata arwah di halwa telinga ku. Seringkali juga, arwah bercerita pengalamannya semasa menuntut di UPSI suatu ketika dahulu. Kiranya arwah juga bekas senior ku suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, berkesempatan berkenalan dengan arwah. Semoga arwah tenang di sana..... Aminn. Sememangnya muhasabah yang paling baik adalah muhasabah kematian. Iktibar yang boleh menjadikan hati kita semakin mencintai dan mengingati pencipta kita saban waktu dan ketika.
Dan sejak daripada melawat jenazah hari itu, aku smakin memikirkan tentang kematian dan ketakutan untuk saat itu. Takut dijemput tatkala amal ibadahku masih tidak cukup sebagai bekalan. Sesungguhnya dambaan ku SyurgaMu ya Allah. Jauhkan aku daripada azab api neraka mu yang panas membara.

*catatan berakhir
------di update di bulan muharram------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan