Rabu, 3 Oktober 2012

Sekolah baru ku...

Assalamualaikum wtb...

Syukur seinfiniti hanya layak bagiNya. Tuhan punya semesta alam. masih lagi berkesempatan tangan mungil ini di hayun mengetuk kekunci laptop. mengatur perkataan demi perkataan, menjadi frasa kemudian ayat. Syukur ya Allah segala nikmat pancaindera , nikmat kemewahan dunia, masih belum kau tarik ia daripada ku. yg kerap kali saja lalai dan leka dalam menuntun jalan redha mu....

setelah menjangkau setahun sudah miss move forwad d biar sepi, kini ku gagahi diri untuk mencoret seribu satu erti hidup, jalan2 yang penuh onak dan berduri yang terlalu manis untuk dilupai....

Hari ini aku kuatkan hati dicelah timbunan kertas peperiksaan yang perlu ditanda usai pelajar ku selesai menjawab subjek yang aku ajarkan kepada mereka. huuuuu..... ku imbas dan belek2 saja berkali-kali kertas mereka sedari tadi, lalu aku mengambil keputusan.. mula menulis... mengetuk dan mengetuk perkataan..

Terasa rindu, tatkala mengimbau kenangan Campus life, rindu pada rutin, menulis setiap cebis kenangan pada laman ini... akur ku pada roda yang kerapkali berputar, membuatkan yang rutin dahulu terlalu sukar untuk dilakukan sekarang.. ya... berada di fasa menjadi pekerja, mendidik umat. memikul amanah, satu demi satu tanggungjawab yang dihempap ke bahu menjadikan masa kian menghimpit.. kadangkala waktu mengejar hingga menyesakkan dada. lalu aku istighfar tatkala dunia kian aku kejari, hingga lupaku pada ukhrawi... ampunkan aku ya Rabbi..

Kesempatan waktu yang sedikit menjadikan aku lupa, bahawa aku kini sedang berkhidmat d daerah yg tdak pernah aku bayangkan selama ini. berkhidmat d smk Beluran II, yang honest aku ckp, mmg tiada pernah terlintas pada screen mindaku. betull....

namun aku yakin dan percaya sudah pastinya tersirat 1001 hikmah yang bakal ditelusuri bersama dengan perjalanan hidup ini,...aku kini disini, sudah boleh beradaptasi, yakin kan ku temui pengalaman hidup yang paling manis di sini. bersama anak-anak didik yang kasihi.... SMK BELURAN II


( sekitar suasana tempat kerjaku - dicedok dr galeri org lain- halal yerr)





aku kini Cikgu
Thank Q Allah........

Isnin, 19 Disember 2011

MUHASABAH SEBUAH KEMATIAN




.................................


BismillahirRahmanirrahim,

Dengan Nama Allah, Al-Muqaddim & Al-Muakhir
Pastinya Engkau yang memulakan dan mengakhirkan setiapnya.
Kelahiran,kematian semuanya bukan kekuasaan kami melainkan mu ya Rabb...

Kelmarin ( 4 Dis 2011) dengan taqdir Allah, dapat kami melunaskan tanggungjawab sebagai saudara seislam melawat jenazah saudara sahabat yang terletak di batu 6 yang meninggal dunia akibat kemalangan yang mengorbankan ibu dan seorang anaknya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Setibanya kami ( muslimat Kinabatangan) di sana, jenazah baru selesai di kafankan. Suasana sedih menyelubungi , sanak saudara dan rakan taulan memenuhi perkarangan rumah sehingga ke luar untuk datang memberi penghormatan terakhir.
Kepiluan menerjah benak, berfikir “bagaimana saat ku akan pergi yang tidak tahu bila-bila masa jua, sudah bersediakah aku untuk menghadapNya, hatta amalan&ibadahku hanya sekelumit Cuma, layakkah aku nanti diterima di kalangan orang-orang beriman??” monolog hati, disaat bersama sahabat membacakan Yaasin untuk arwah.
Kami mohon beredar setelah jenazah disembahyangkan sementara menanti untuk dikebumikan selepas zohor. Semoga keluarga Arwah tabah merelakan keduanya pergi.

Pagi ini ( 5 Dis 2011) dalam membelek FACEBOOK, terbaca status bekas anak muridku ( smasa praktikum ) tentang pemergian seorang guru di sekolah tersebut. Untuk mengesahkan hal itu, terus aku call, seorang cikgu yang agak rapat dengan ku di sekolah itu, namun xdangkat, lagi aku cuba mesej cikgu yang juga bekas housmate di sekolah tersebut menanyakan hal itu. Msej kak Naju, mengesahkan, pemergian Arwah pada pkul 11.30 hari ini. Allahurabbi, tergamam seketika aku, semacam sukar untuk percaya, seolah-olah baru sahaja berbual, bertukar cerita dengan Arwah. Sungguh, smua telah tersurat di Luh Mahfuz, kita hanya watak pinjaman di dunia. Arwah Cikgu Julaila, mungkin saat entry ini ku taip telah slamat dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan Perak, selesai sudah kehidupan fana nya di dunia.
Arwah antara yang selalu aku berkongsi cerita, meminta pendapat dan kadang bergurau senda di dalam bilik guru sepanjang berpraktikum di sekolah yang sama. Kebetulan meja kami tidak lah jauh kedudukannya. Memandangkan saya ada mengajar kelas yang sama dengan arwah, jadi selalu juga saya merujuk dan mengomplen kepadanya pasal karenah pelajar kelas tersebut. Sedikit sebanyak arwah juga banyak berkongsi cara menangani pelajar-pelajar kelas tersebut. Pernah juga saya mencuri sedikit masa kelas arwah ( dengan persetujuan arwah) untuk membuat persiapan di cerap oleh Pensyarah ( kebetulan masa kelas arwah sebelum masa saya ). Semoga arwah dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa.

Macam terngiang-ngiang sahaja suara Arwah cgu Julaila saat panggilan nya kepada ku
“ yani ada kelas ke, akak nak tumpang meja yani kejap, meja yani sejuk dekat aircond,” segar lagi kata-kata arwah di halwa telinga ku. Seringkali juga, arwah bercerita pengalamannya semasa menuntut di UPSI suatu ketika dahulu. Kiranya arwah juga bekas senior ku suatu ketika dahulu. Alhamdulillah, berkesempatan berkenalan dengan arwah. Semoga arwah tenang di sana..... Aminn. Sememangnya muhasabah yang paling baik adalah muhasabah kematian. Iktibar yang boleh menjadikan hati kita semakin mencintai dan mengingati pencipta kita saban waktu dan ketika.
Dan sejak daripada melawat jenazah hari itu, aku smakin memikirkan tentang kematian dan ketakutan untuk saat itu. Takut dijemput tatkala amal ibadahku masih tidak cukup sebagai bekalan. Sesungguhnya dambaan ku SyurgaMu ya Allah. Jauhkan aku daripada azab api neraka mu yang panas membara.

*catatan berakhir
------di update di bulan muharram------

RE-UNION & KAWENAN




Alhmdulillah. Terus jua tangan dialun mngatasi kmalasan( abislah bahasa) , mngatur ayat. Mengibas2 sesawang yg bertahun diternak ni. Huh.. lama dah tak menulis, rindu sangat.,

New wish 4 the 1st Muharram 1433H, more pro-active with my blog., I’Allah, moga ada ruang beraksi.

Terasa rugi pula membiarkan banyak perkara berlalu tanpa dibiarkan dengan makna di sini. Huhu ( akan cuba recover balik apa yg terlepas)
4 this new entry, mau cakap pasal musim kawin.. tiba musim sekolah, situlah juga tibanya musim kawin.. & antara yg melabuhkan tirai bujangnya, my bff yg cutey, cik Siti Aminah.. dgn pilihannya, encik Mustaman. Huhu smoga berbahagia sehingga hujung Nyawa dan merentasi ke FirdausiNya. Amin.

Sedih, iyalah everything will chnge kan after tis..selalu bersama Lepak2 di pasti pula, mesti ada. Ke mesyuarat program ( kalau di sndakan) mesti sekereta ( kereta adah mujahadah, pengangkutan utama) .... mesti ada sahaja cerita lucu yang menimbulkan tawa. Nanti aku wat cerita andopal khas tuk U Mina....huhuhu swear, i sedih sgt ... but reda ,must.,
YaAllah, gmbira hati ini, dapat juga jmpa wajah2 teman2 lama at u wedding Min. No matter i try to ambil si mummy zara at that early morning , jauh plak tu d btu 32...( jau ker) haha..tapi yg paling aku xsabar, mau jmpa c baby akif, makin handsome dia. Comey...comey... Alhamdulillah, di majlis ni dapat jumpa aida, zaharah,linda,Juliana( tapi sedihnya ndak jumpa Nurrina pun)....



Ni geng bus skolah spm 2004....... miss u ols...




.................Betulkan comel... ....................


Min kami minta diri untuk pulang ya. InsyaAllah lepas ni jumpa lagi.I'Allah tingkuang mu akan kami pergi.....hehe


3 Disember 2011
Alhamdulillah Berkesempatan memenuhi jmputan sahabat. Kali ni tempatnya di batu 3( kg Usaha Jaya). Smpena knduri kak Salsiah @ kak siah dengan pasangan Nikahnya encik Hafiz ( formal lak).... Tema Majlis hari ni Biru ( kebetulan masuk tema juga- pakai baju biru) .
Setibanya kami ramai sahabat handai dan keluarga mempelai yang datang meraikan. Kami dengan dua buah kereta ( sa keta muslimat & sa lagi keta Min). Sempat jumpa ngan ex- guru kelas form 3, cgu Khamsah....... cgu ni maintain remaja n awet muda. Xoxoxoxo....Penyambut dan pelayan kami hari tu, teka siapa????? Xlain xbukan si sang somot dan c Dot yang maintain jelita (hahaha).. terima kasih layanannya.
Kami tinggalkan rumah kak siah dengan sedikit hadiah dan sudah semestinya doa untuk mereka,. Semoga hari ini, selepas akadnya dan bahtera mula belayar di lautan cinta kebahagian akan memandui arah bahtera kalian. Ya, sudah semestinya skali dua bahtera akan bergoncang dek angin dan taufan, tetapi yang paling penting utuhkan kepercayaan dan Iman untuk memandui bahtera ini ke destinasi harapan iaitu-----> ke SYURGAnya Ilahi bersama-sama.


-----( huhuh, kamera tetinggal d keta, xsmpat take pic masa tue-------

catatan yg terlewat

---- update telewat( catatan dlm inbox, lambat d post)-------

Ahad, 11 Disember 2011

Buka Buku Baru

Sekarang budak2 mudah jak hafal lagu cinta muka buku .. mnjadi siulan anak2 remaja skrg lagu tu.. so, aku pun renovate skit, jadilah tajuk entry yg bunyi akan2 sma, tapi xsama langsung k. Aku bukan mau cakap pasal tu. The main point, kali ini aku mau coret pasal the new 1433H for muslim calendar. Alhamdulillah, masih lagi dipinjamkan Allah nikmat udara yg tidak terperi pentingnya. Masih diberikan nikmat kesihatan tubuh untuk menjalani hari2 yang mendatang. Masih diberikan kecukupan makan & pakai sehingga mudah melalui kehidupan yang penuh tantangan. Justeru, masih brkesempatan bertemu tahun baru islam kali ini. Bulan MUHARRAM..

Sempena kedatangan tahun baru islam ini, dekat sminggu juga lah baru berupaya menghapdate pasai hijrah ni, lambat atau tidak mesti juga kena masuk entry ni., rugi serugi2 nya kalau tdak ada entry ni dalam move forward..

Sebagai tanda buka buku baru lah. Means, buku yang lama biar disimpan saja dalam kamus kenangan untuk rujukan muhasabah., isi yang baik kita transfer saja ke dalam buku baru, yang kurang baik ya kita smpan kedap dia dalam ruangan memori yg tak mau kta guna lagi, bawa ke recycle bin, then bila perlu sahaja kita tengok kembali sebagai panduan hari depan, yang salah jejaknya kita pernah lalui agar, xmungkin jejak yang sama berulang kembali.

Segelintir indvdu, guna kan Muharram wahid, sebagai titik untuk membuat bberapa wishlist untuk tahun ini, namun, aku plak... xdanya nak berazam itu , impian ini. Cukuplah hari depanku diberikecukupan olehNya, sehingga aku tdak mengharap selainNya,. Semoga iman dan islam ku semakin utuh mengakar, menumbuh dan membuah... Aminnn...Semoga jua aku tdak akan lagi gentar selain gentar kepadaNya.
Bersama Mengimarahkan Muharram


........................................



#Subhanallah, smalam gerhana Bulan, Sempat diberi peluang menyaksikan olehNya.

Catatan berakhir,’
Wassalam.

Rabu, 8 Jun 2011

Catatan Guru Praktikal;




At ; kg Halaman Cgu...

Menjangkau 3 minggu berada di Sabah.. Hati masih merindui mereka. Pelajar2 ku di Smk Seri pengkalan. Ya Allah nikmatnya rasa rindu mu. Namun saban waktu sakit memendam rindu terhadap mereka. Di saat entry ini ku taip, anak-anak ku telah usai menjawab soalan peperiksaan bagi subjek yang ku ajar kan kepada mereka. Cikgu mendoakan dari kejauhan... cikgu mau anak2 smua tahu, smakin jauh kita terpisah moga Doa dan Ingatan antara kita menjadikan kita smakin dekat... ( huhuhu, beremo lah plak )






7 feb 2011 , hari pertama menjejakkan kaki Ke SMk Seri Pengkalan, macam-macam yang muncul dibenak. Tidak sanggup ya Allah menghadapi hari-hari di sini, Serasa tidak mampu menggalas tanggungjawab mendidik mereka. Seolah-olah aku terasa ‘Down ‘ saban waktu melewati hari-hari pada minggu pertama, kedua dan ketiga. Setiap kali sesi P&P risau apa yang ku ajar tak mampu diterima oleh pelajar-pelajar ku kerna ku sedar komunikasi yang terbatas diantara loghat asal ku Sabah . Risau juga dah terbiasa bercakap cepat. Kesian aku kepada anak-anak muridku setiap kali mereka mengerutkan dahi dgn seribu tanda Tanya( maksudnya aku terlajak guna gear 5 lah ni kan)...huhu




Minggu-minggu pertama hingga ke tiga aku memerlukan waktu untuk menyesuaikan kaedah p&P dengan Laras penerimaan pelajar-pelajar ku. Dengan penukaran jadual dan waktu P&P juga menjadikan kekangan kecil kepada ku. Namun itu semua telah berlalu. Pada asalnya aku diberikan kelas 2Rk2,2A,4e3, untuk mengajar subjek major ku iaitu sejarah...dan 4E2 untuk subjek sivik Walaupun sebenarnya minor asalku adalah prinsip akaun . Atas sebab-sebab teknikal penyelaras guru praktikal memberikan kelas 1C kepada ku untk mengajar subjek sivik. Maksudnya, aku tak sempat menjalankan sesi P&P dengan kelas 4E2.... Mungkin ada hikmah.( ada pristiwa sedih sbenarnya masa relif kelas 4E2 ni..huhu)




Minggu kedua aku telah stat sesi P&P dengan menghasilkan RPH( Rph sejenis buah yg manis, eeehe....) setiap hari.... agak boringlah....haha... masuk minggu ketiga ( kalau aku tak silap) rombakan jadual terhadap guru-guru , jadi kami pun guru praktikal dapat tempiasnya. Kali ini terkejut juga, dapat dua kelas yang baru iaitu kelas 2B dan 1A... then , aku Request kat penyelaras tukarkan 2B kepada kelas lain... then dapatlah kelas 1RK 1... atas reason yg kuat sbenarnya minta tukar ni... risau nati masa penyelia dtg, budak2 x dapat bekerjasama( tapi, dorang ni pon baik sbenarnya)... lagipon 2B kan dalam makmal kelasnya, aku tak larat ( cukuplah dapat 2A kelas dlm makmal) kelas makmal ni menyebabkan aku setiap kali khamis & jumaat aft jak enter kelas drg mesti sakit tekak....... aku terpaksa meninggikan suara mengalahkan suara mereka( huhuhu bising dan membingitkan) kadang perit tekak smpai nak nangis pon ada...




Allahurabbi.. kelas 2A ni paling banyak cabaran sepanjang tempoh praktikal ni.... banyak dugaan menghadapai dorang2 ni( macam2 karenah diorang). Dengan bilangan yang cukup ramai 43 orang smua, kelas plak dalam makmal... Allah cukup menduga aku. Memang kena ada senjata kalau nak masuk kelas ni....kbetulan , selalu pula ada rotan guru lain yg tertinggal yg dgn senang2 aku dapat manfaatkan... Kalau tak , terpaksa lah berjual beli dengan dorang kat dalam kelas... ( ibarat pasar malam pon ada)...




Separuh daripada student kelas ni perempuan... dan separuh lagi adalah budak lelaki..Pelajar-pelajar prempuan smua, Honest aku ckp, memang tak pernah menyakitkan hatiku apatah lagi membangkitkan kemarahan ku,... kadangkala, kesian aku dengan dorang sebab dorang memang nak belajar. Budak lelaki ni memang aktif2 belaka.... jaranglah xnangis n xmarah bila masuk kelas ni. ( nangis dlm hati jer la, xsampai meleleh air mata)... kalau marah plak, jgn ckp lah. Balik2 cgu Adriyani ni Marah... tapi tiap kali tu jugalah Marah nya tak jadi. & the End, mesti Senyum n gelak punya lah... haha.. apatah lagi kalau c Nizam Genji @ c Afiq farhan cuba buat sesuatu yang boleh membangkitkan gelakku.paling tak tahan kalau tetiba kelas senyap masah aku tengah marah, c Nizam smpat pul ckp ‘Ampunkan kami cgu, halalkan ilmu kami cgu’.. hehe ( bahagia sangat2) Yang pelajar perempuan pula sangat manja dengan aku.... ku anggap drang mcm adik2 aku jer....




lastly, Thanks byak2 kat Athirah & Syakirah as leader yg banyak bantu ckgu.... syazana,Fatihah, & Amanina teruskan dapat A lagi yer tuk subjek sejarah.... zahiran Amirah thanks slalu bagi cgu cokelat... nani yg slalu manja2 dengan cgu, baik2 lah jaga Muammar 2, biar 2,2 berjaya smpai menara gading...Tang & Tai the Sweet ladies love both of U.... Henry yang pantang tak membangkitkan kemarahan ku setiap kali aku masuk... Tapi xdapat lupa time aku tersangat marah dlm kelas tetiba dia nyanyi I love U, U love me, we are happy Family..terus bangkit senyuman ku yg mahal tu, apa lagi kelas automaticly smua gelak sekali... Carven & Tai Fu Hong, Wish u Best Of Luck...Hidayat , si pendiam maafkan cikgu kalau kurang sembang dgn hidayat. Ameera paling banyak cakap ...hehe belajar bagus2. Shaidatul si cantik manis... azreen senyap jer dlam kelas cikgu. Hawa,Ain,Hidayah,si kecil yg comel lote... Fatin si pendiam berkaca mata.. Rabiatul Adawiyah moga akhlakmu seindah serikandi yg punya nama kau miliki syg...Najira,khairunesa,amira amylia,nabila,fatin Najua,syafiqa, duduk segroup.. Pendiam jer diorang ni.. Tapi penuh berisi... Cikgu doakan kalian semua beroleh kejayaan syg... maafkan cikgu kalau kurang beri tumpuan kat korang,,,... tapi cikgu sangat menyayangi kamu smua...
Khairil,Arash,Fuad dan fahmi duduk meja depan sekali... geng si Afiq.. tak lah dorang ni bising sangat. Si kecil dan comel Si Ibob, pengawas PA system skolah... c Hilmi dan Nizam paling suka minta cokelat kat cikgu( ingat cikgu ni kawin dgn tokey cokelat ker, heheheh)...Zainudin N amar kalu cgu bdiri sebelah drg, rendah jer cgu rasa.Cgu bahagia dengan keletah U all. Aniep si pak lawak, selalu ngejek cgu..fizen slalu kena pasangkan dgn Hawa( sweet kapel)...Aiman pandai main gitar tuh..Naim putih dan comel....dan Alif yang macho dan Ensom, Betulke ada skandal dgn Tai???hehe..




Anway, siapapun kalian pada kaca mata cgu yg terbatas ini, cgu mendoakan kalian smua jadi insan yg berguna...yg bermanfaat. Gembira hati cgu kelak kalian 43 orang adalah insan2 yang punya kejayaan di dunia dan keberkatan Akhirat...saban hari cikgu merindui kalian.....

Salam sayang dari cgu Adriyani...

Ahad, 22 Mei 2011

Catatan dari Moscow.....



2.44 am : waktu tempatan.....

Cuaca sekarang sangat Sejuk.... lagi 3 jam bersisa be4 cek in brg.... menanti Flight di awal pagi, menjadikan rutin ini sangat bosan... Cepatlah masa berlalu... tak sabar nak mencium dan mendakap ibu Ayahku... Adik & kakak ndak dapat datang...sampai jak hari ni, request 1st, mau makan ikan bakar.... hehe... nyum..nyum....





Tapi dalam kesejukan udara di tempat waiting ni, teringat surat2-surat cinta yg aku dapat daripada pelajar2 ku pada hari last berada di smk Seri Pengkalan.... Lucu pon ada, sedih pon ada, terharu pon ada, naseb baik lah aku tabah cket, kalau tak sob....sob.... aku nangis...... hehe ( emo nya)....

Hari tu dah buka hadiah2 daripada pelajar, banyak sangat dapat hadiah kali ni.... terima Kasih yer korang... cikgu terharu sangat dengan setiap pemberian daripada korang.... terima kasih daun keladi, Ikhlaskan Hati, erti hidup pada memberi.....

Thanks All
Love U All ....

DeDiKaSi Buat 4Zaba Gen.......





Alhamdulillah.... Segala puji Seinfiniti Kesyukuran ku panjat padaNya
Pemilik dan pemberi Nikmat...

Entry Khas untuk mereka yang sangat2 ku sayangi yang telah bersama dengan ku dalam beberapa detik singkat untuk mengenal pelbagai perkara. Yang mendatangkan kepadaku kepada pelbagai erti. Yang menjadikan diri mereka Model latihanku sebagai kelak seorang Guru.



( suapan Kasih )




Kasih sayang ku kepada mereka tanpa Syarat. Marahku kepada mereka tatkala rasa Sayang ku membuak-buak. Omelan dan bebelan ku tatkala aku perlu menyedarkan mereka, bahawasanya aku ingin mereka Berjaya. Rajuk ku kadangkala untuk membuat mereka jadi anak soleh dan Solehah, mendengar kata serta bijak tuturkata.




( cantik2 dorang ni)



( Adei, dak Zul xready lagi ni )




Mereka-mereka ini Umpama Permata yang cukup berharga bagiku, satu-satu daripada mereka adalah insan berguna kelak di suatu masa. Tatkala Diamku tanpa bahasa kerna memanjatkan Doa kepada Mu Allah, jadikan insan2 di hadapan ku ini insan yang bermanfaat kepada insan lain...







Kini, aku telah berada jauh daripada mereka, satu dua Cuma kenangan pahit yang tidak diduga tercipta aku tinggalkan terkubur di sana sahaja. Kerna aku hanya mengambil yang manis di saat kita bersama meniti masa. 1,1 wajah mereka seringkali muncul di hati gembiraku. Bahagia bersama mereka....




ya Allah satukan hati kami walau di saat jarak memustahilkan untuk kami bertemu wajah.




4E3 ( zaba); 1st time masuk, ya Allah, tidak dapat aku mendepani mereka, susahnya nak tarik perhatian mereka . gagal segala Plan.. ada yang mengantuk, tidur, ponteng, lewat masuk.... tak Sanggup rasanya. Nak minta tukar kelas kat GKMP, takut nanti diorang tak dapat bagi kerjasama masa Pensyarah datang membuat penilaian... Kucuba lagi, dah mula OK... dah ada gelak2 tawa... dan lagi dan lagi, saban minggu tak sabar menanti hari isnin dan Selasa untuk sesi P&P bersama mereka. Sebab, mesti saya akan gembira...gelak tawa, suka, lucu smualah... masing2 ada karakter tersendiri. Smpaikan ke hari ini sudah boleh mengingat tiap satu mereka, dan bagaimana mereka ini.... mereka bijak dan pandai , punya potensi kelak jadi pemimpin,bisnesman,polis,askar,cikgu,ustazah,penyanyi,dll. Cuma perlu suntikan kesedaran saban waktu.





Alin : Ketua kelas nya, yang paling saya tak bleh lupa “Bangun semua” setiap kali nak bagi salam, tapi loghat ala-ala sabah gitu...hehe.. thanks Alin banyak bantu cikgu as Leader kepada kwn2...
Wahida & fara; duduk depan meja guru, asyik tersenyum tengok cgu di Buli oleh Bdak lelaki Esp Faez,Qudin,Shafie,Aiman & Daniel....hehehe
ZulhafiZ & Nurhafiz, dgr nama aku ingt kembar, tgok rupa mak Ai jauh berbeza, pendiam jer c Zulhafiz ni, sebiji macam pak imam.... tapi cute. yg satu Plak si pemain bola sepak Sekolah... geng si faez ....main xmenang pon... haha
4 staring ni duduk meja depan skali , Dinesh paling ceria, Ravi kategori pelajar cemerlang pon ada, lembut saja kalau betanya, Ghanti ( sya pon heran kuat sangat mengantuk ) Ubatnya aku kena bawa bekalan gula2 tuk dia .... Jordan Pendiam jer, tp tiap kali aku tulis kat papan putih baru dengar suara dia sembang... isk..isk...
Pui & Chai Dunia nya perlu di rubah... takda perasaan nak dtg skola, ku doa mereka sedar lebih awal... Hoo & Kalai, pendiam jer 2 gadis ni.. kdg2 risau aku , drg faham ke dak ni... Shuhada & fara satu TTM Zul. Satu lagi siti suhadah... maaflah sampai cikgu pun kadang tersilap orang... Fara fadhilah ni plak suka kacau Aiman... yg tak tahan plak Aiman mesti Malu2... pelik2....
Lee & Ng 2 pendekar cina yg gagah perkasa, sorry ya, cgu slalu terclap nama.... sama jer korang 2 ni..

Alia & Shafira &Fatehah & faizatul&fara Anis.... si gadis ayu dan cantik, pendiam jer org nya,... tapi diam2 berisi...
Soriati Si comel lote, fasihah si tinggi lampai, Sharina& Shera si Perempuan Melayu terakhir....
Geng2 jejaka hero Malaya, ujang yang jarang-jarang datang,azrul asal Sarawak,azreen yang comel2 & Rohaizad si tinggi lampai....Selalu tagih kek lapis kat cikgu....haha....masing2 punya cerita.... Suka menyakat sya.. hua...hua.... adakah saya mangsa buli?? Tapi saya hepi sangat2 mengenali kalian smua.... paling tak tahan, ada sorang tu panggil saya seolah2 mcm panggil kakak die... Sabo jerlah....tapi dia ni baik......hahah

~~ Kalian Semua Singgah dihati cikgu dan penuh bermakna buat cikgu ~~
Love U all










Catatan Hatiku......