Rabu, 3 Oktober 2012

Sekolah baru ku...

Assalamualaikum wtb...

Syukur seinfiniti hanya layak bagiNya. Tuhan punya semesta alam. masih lagi berkesempatan tangan mungil ini di hayun mengetuk kekunci laptop. mengatur perkataan demi perkataan, menjadi frasa kemudian ayat. Syukur ya Allah segala nikmat pancaindera , nikmat kemewahan dunia, masih belum kau tarik ia daripada ku. yg kerap kali saja lalai dan leka dalam menuntun jalan redha mu....

setelah menjangkau setahun sudah miss move forwad d biar sepi, kini ku gagahi diri untuk mencoret seribu satu erti hidup, jalan2 yang penuh onak dan berduri yang terlalu manis untuk dilupai....

Hari ini aku kuatkan hati dicelah timbunan kertas peperiksaan yang perlu ditanda usai pelajar ku selesai menjawab subjek yang aku ajarkan kepada mereka. huuuuu..... ku imbas dan belek2 saja berkali-kali kertas mereka sedari tadi, lalu aku mengambil keputusan.. mula menulis... mengetuk dan mengetuk perkataan..

Terasa rindu, tatkala mengimbau kenangan Campus life, rindu pada rutin, menulis setiap cebis kenangan pada laman ini... akur ku pada roda yang kerapkali berputar, membuatkan yang rutin dahulu terlalu sukar untuk dilakukan sekarang.. ya... berada di fasa menjadi pekerja, mendidik umat. memikul amanah, satu demi satu tanggungjawab yang dihempap ke bahu menjadikan masa kian menghimpit.. kadangkala waktu mengejar hingga menyesakkan dada. lalu aku istighfar tatkala dunia kian aku kejari, hingga lupaku pada ukhrawi... ampunkan aku ya Rabbi..

Kesempatan waktu yang sedikit menjadikan aku lupa, bahawa aku kini sedang berkhidmat d daerah yg tdak pernah aku bayangkan selama ini. berkhidmat d smk Beluran II, yang honest aku ckp, mmg tiada pernah terlintas pada screen mindaku. betull....

namun aku yakin dan percaya sudah pastinya tersirat 1001 hikmah yang bakal ditelusuri bersama dengan perjalanan hidup ini,...aku kini disini, sudah boleh beradaptasi, yakin kan ku temui pengalaman hidup yang paling manis di sini. bersama anak-anak didik yang kasihi.... SMK BELURAN II


( sekitar suasana tempat kerjaku - dicedok dr galeri org lain- halal yerr)





aku kini Cikgu
Thank Q Allah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan