Ahad, 22 Mei 2011

DeDiKaSi Buat 4Zaba Gen.......





Alhamdulillah.... Segala puji Seinfiniti Kesyukuran ku panjat padaNya
Pemilik dan pemberi Nikmat...

Entry Khas untuk mereka yang sangat2 ku sayangi yang telah bersama dengan ku dalam beberapa detik singkat untuk mengenal pelbagai perkara. Yang mendatangkan kepadaku kepada pelbagai erti. Yang menjadikan diri mereka Model latihanku sebagai kelak seorang Guru.



( suapan Kasih )




Kasih sayang ku kepada mereka tanpa Syarat. Marahku kepada mereka tatkala rasa Sayang ku membuak-buak. Omelan dan bebelan ku tatkala aku perlu menyedarkan mereka, bahawasanya aku ingin mereka Berjaya. Rajuk ku kadangkala untuk membuat mereka jadi anak soleh dan Solehah, mendengar kata serta bijak tuturkata.




( cantik2 dorang ni)



( Adei, dak Zul xready lagi ni )




Mereka-mereka ini Umpama Permata yang cukup berharga bagiku, satu-satu daripada mereka adalah insan berguna kelak di suatu masa. Tatkala Diamku tanpa bahasa kerna memanjatkan Doa kepada Mu Allah, jadikan insan2 di hadapan ku ini insan yang bermanfaat kepada insan lain...







Kini, aku telah berada jauh daripada mereka, satu dua Cuma kenangan pahit yang tidak diduga tercipta aku tinggalkan terkubur di sana sahaja. Kerna aku hanya mengambil yang manis di saat kita bersama meniti masa. 1,1 wajah mereka seringkali muncul di hati gembiraku. Bahagia bersama mereka....




ya Allah satukan hati kami walau di saat jarak memustahilkan untuk kami bertemu wajah.




4E3 ( zaba); 1st time masuk, ya Allah, tidak dapat aku mendepani mereka, susahnya nak tarik perhatian mereka . gagal segala Plan.. ada yang mengantuk, tidur, ponteng, lewat masuk.... tak Sanggup rasanya. Nak minta tukar kelas kat GKMP, takut nanti diorang tak dapat bagi kerjasama masa Pensyarah datang membuat penilaian... Kucuba lagi, dah mula OK... dah ada gelak2 tawa... dan lagi dan lagi, saban minggu tak sabar menanti hari isnin dan Selasa untuk sesi P&P bersama mereka. Sebab, mesti saya akan gembira...gelak tawa, suka, lucu smualah... masing2 ada karakter tersendiri. Smpaikan ke hari ini sudah boleh mengingat tiap satu mereka, dan bagaimana mereka ini.... mereka bijak dan pandai , punya potensi kelak jadi pemimpin,bisnesman,polis,askar,cikgu,ustazah,penyanyi,dll. Cuma perlu suntikan kesedaran saban waktu.





Alin : Ketua kelas nya, yang paling saya tak bleh lupa “Bangun semua” setiap kali nak bagi salam, tapi loghat ala-ala sabah gitu...hehe.. thanks Alin banyak bantu cikgu as Leader kepada kwn2...
Wahida & fara; duduk depan meja guru, asyik tersenyum tengok cgu di Buli oleh Bdak lelaki Esp Faez,Qudin,Shafie,Aiman & Daniel....hehehe
ZulhafiZ & Nurhafiz, dgr nama aku ingt kembar, tgok rupa mak Ai jauh berbeza, pendiam jer c Zulhafiz ni, sebiji macam pak imam.... tapi cute. yg satu Plak si pemain bola sepak Sekolah... geng si faez ....main xmenang pon... haha
4 staring ni duduk meja depan skali , Dinesh paling ceria, Ravi kategori pelajar cemerlang pon ada, lembut saja kalau betanya, Ghanti ( sya pon heran kuat sangat mengantuk ) Ubatnya aku kena bawa bekalan gula2 tuk dia .... Jordan Pendiam jer, tp tiap kali aku tulis kat papan putih baru dengar suara dia sembang... isk..isk...
Pui & Chai Dunia nya perlu di rubah... takda perasaan nak dtg skola, ku doa mereka sedar lebih awal... Hoo & Kalai, pendiam jer 2 gadis ni.. kdg2 risau aku , drg faham ke dak ni... Shuhada & fara satu TTM Zul. Satu lagi siti suhadah... maaflah sampai cikgu pun kadang tersilap orang... Fara fadhilah ni plak suka kacau Aiman... yg tak tahan plak Aiman mesti Malu2... pelik2....
Lee & Ng 2 pendekar cina yg gagah perkasa, sorry ya, cgu slalu terclap nama.... sama jer korang 2 ni..

Alia & Shafira &Fatehah & faizatul&fara Anis.... si gadis ayu dan cantik, pendiam jer org nya,... tapi diam2 berisi...
Soriati Si comel lote, fasihah si tinggi lampai, Sharina& Shera si Perempuan Melayu terakhir....
Geng2 jejaka hero Malaya, ujang yang jarang-jarang datang,azrul asal Sarawak,azreen yang comel2 & Rohaizad si tinggi lampai....Selalu tagih kek lapis kat cikgu....haha....masing2 punya cerita.... Suka menyakat sya.. hua...hua.... adakah saya mangsa buli?? Tapi saya hepi sangat2 mengenali kalian smua.... paling tak tahan, ada sorang tu panggil saya seolah2 mcm panggil kakak die... Sabo jerlah....tapi dia ni baik......hahah

~~ Kalian Semua Singgah dihati cikgu dan penuh bermakna buat cikgu ~~
Love U all










Catatan Hatiku......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan