Isnin, 22 Julai 2013

layan kenangan, teman sepermainan..

entry khas buat teman .

april....sepatutnya catatan ini terlewat di masukkan beberapa bulan. mungkin dek kesibukan yang tak berpenghujung,sehinggakan ianya disimpan kedap sahaja di memori. tidak dinafikan bermula januari hingga mei bahkan berlarutan sehingga kinipun terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dan tak ada habisnya. april merupakan bulan bahagia seorang rakan yang paling akrab. bermula di tangga sekolah rendah bahkan sebelum mengenal abc mahupun alif ba ta,dialah rakan paling dekat. bersma menaiki sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah tetap juga bersma. sehingga perjuangan terakhir stpm terlalu banyak cerita yang kami punya bersama. rajuk, tawa, suka ,duka ...semua bersmanya. berpisah melanjutkan cita-cita dan harapan keluarga di Universiti berbeza namun tetap dekat di jiwa. walaupun tdak dapat menghadirkan diri sepanjang hari bahagianya namun sempat menjengahkan wajah barang seketika,gembira ku dikejauhan melihat persandinganmu di atas pelamin nan indah berona ceria. kau telah dimiliki sahabat ku. semoga kebahagian hakiki buat mu. doaku semoga perkahwinan mu ini merupakan gerbang kebahagiaan abadi buatmu.semoga mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. 
 cantik,padan serasi 

catatan buat mu wataq @ puan Hawati.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan