Sabtu, 17 Julai 2010

MUHASABAH CUTI KU....

( MTC 2010 - Alhamdulillah selesai sudah)

ALHAMDULILLAH,

Ada sedikit kesempatan memaksa diri untuk menulis entry berkenaan dengan event yg ku lalui sepanjang cuti .. Seingat Aku selepas sahaja berhempas pulas semester lepas dengan peperiksaan akhir, bergegas pulang ke kg laman... Aku pasti ada tugas yang menanti. Ada hak yang perlu dilunasi.


Kerinduan yang teramat sangat kepada keluarga di Sabah membuatkan hatiku telah tiba beberapa minggu sebelum tarikh flight sebenarku ( hehehe), mungkin disebabkan telah beberapa bulan tidak pulang ke Sabah. Seingatku kali terakhir aku balik masa Ramadhan menuju Syawal tahun lepas, ditambah dengan masa laluku banyak terisi dengan kerja-kerja di Kampus sebagai mahasiswa. Kali ini ku kata pada diri pulangku untuk sesuatu yang telah lama kurindui...


Kali ini cuti ku di isi dengan beberapa siri program bersama sahabat/sahabiah di Kinabatangan. Permulaan cuti yakni di awal bulan Mei kami lebih banyak membuat pengurusan Program dengan menyiapkan kerja-kerja belakang tabir Program Muslim Teenagers Camp yang di beri nama . Program sebegini sememangnya lazim dianjurkan oleh kami semua di bawah Persatuan Siswazah Sabah , dan kali ini kami memilih sekolah tanah air ilmuku , tempat kami bermula dan bertatih banyak benda . iaitu SMK Bukit Garam . Alhamdulillah, Allah mengetahui tiap jejak Niat hambaNya, walaupun pelbagai kekangan dan dugaan yang diberi namun akhirnya program MTC ini berjaya dilaksanakan hingga kami berjaya menjalankan dua siri program selepas MTC ini.


Secara jujur, aku mengakui sendiri bahawa program MTC kali ini menuntut Kerja Keras kami, kerana terdapat beberapa atau banyak perkara aku kira yang dilakukan secara akhir masa. Diuji juga dengan kekurangan tenaga yang bakal menggerakkan program ini, menambahkan sedikit kesukaran untuk menyusun semula organisasi program. Selain, tarikh asal terpaksa ditukarkan kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Tidak ramai juga penggerak2 sebelum ini yang dapat balik disebabkan tuntutan peribadi,tuntutan pengajian,halangan masa dan sebagainya. Kami akui itu. Namun atas sebab yakin dan percayanya kami kepada pertolongan Allah, kami rintis jalan kesukaran tersebut untuk menemui hikmah yang dijanjikan.


Dan perlu diakui, bilamana kita telah berjanji untuk merelai yang dinamakan perjuangan, justeru itu juga pelbagai cabaran dan dugaan yang ditimpakan perlu juga kita redhai. Mengorbankan masa dan apa jua sepanjang program Muslim Teenagers Camp, aku akui bukannya mudah. Dengan halangan-halangan peribadi yang menuntut pelbagai solusi yang cukup bijak untuk kita memilih yang mana perlu didahulukan dan juga yang mana yang perlu kita ketepikan dahulu. Cuti yang cukup panjang pada kali ini betul2 aku cuba untuk meminimumkan kekosongan yang ada, memandangkan aku terpaksa mencuri masa yang ada untuk menyiapkan Latihan Ilmiah ku yang menuntut kajian dan pengumpulan bahan di Kota Kinabalu. Adush.Kadang kala, sedih juga bilamana kita tidak difahami, oleh orang-orang lain yang tidak berada di kondisi yang sama, justeru satu tahap aku cukup Rebel dengan diri ku sendiri, dan mungkin ada suatu tahap yang aku seolah-olah Enau di dalam Belukar, tapi ya seperti yang ku bisik kan pada diri, langkah lah ke hadapan dengan apa pun keputusan yang telah dibuat. Mungkin bukan sekarang hikmahnya datang, esok atau Lusa mungkin hikmah yang lain akan muncul...


Setakat ini dahulu coretan mukaddimah ku. Pengisian sepanjang MTC, Rehlah MTC dan juga kursus pemantapan organisasi Kelab Sahabat MTC bakal menyusul......




Wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan