Sabtu, 17 Julai 2010

Kembali Ke Kampus

Assalamualaikum wbt...

( kenangan 2007( sem 1) - penghuni kolej Aminudin Baki)

Kali ini coretan tertunda, akibat masalah Blog yang sebelum ini. Aku memang teringin sangat untuk mencoret berkenaan dengan minggu pertama kuliah ku di sesi 2010.. Alhamdulillah, atas nikmat yang tak sudah-sudah, juga atas kasihnya Allah meminjamkan segala2 nikmat Yang menjadi hak mutlaknya, kini aku telah berada dan menginjak ke tahun 4 di semester ini.


( Kenangan Semester 2 - Gambar bersama Prof Yaakob)

Semester ini , jadual yang tidak terlalu padat memandangkan hanya 4 subjek sahaja yang perlu di ambil untuk semester ini. Namun di satu sudut yang lain mungkin ada hikmah juga, memandangkan semester ini juga buat kali pertama aku dan juga mungkin sebahagian rakan2 yang lain terpaksa menghadiri semua Kelas di Bilik Kuliah nun Jauh di Proton City. mungkin bukan juga terlalu jauh. kira-kira 18 Kilometer dari kampus utama UPSI, namun ia cukup jauh bagiku.
( kenangan sem 3- PR kampus )

Hari pertama menghadiri Kelas pada minggu ini adalah pada hari rabu, kelas Sejarah Asia Timur, sebenarnya aku dengan Coursemate yang lain telah keluar sejam lebih awal, namun mungkin disebabkan beberapa kekangan daripada Bus dan mungkin kami sendiri akhirnya kami masuk ke dalam Kelas, dalam Keadaan LEWAT.. Ketika itu, kelas telah bermula. hehehe Pengajaran Kepada diri....



( kenangan Sem 4 -bersama sahabat ku Aqila di MPPK -UTHM)

Kelas pertama View berkenaan dengan subjek yang akan kami tempuhi untuk semester ini, Sejarah Asia Timur . ringkasan subjek ini adalah fokus kepada pergolakan dan pemodenan yang dilalui oleh dua negara di bahagian Asia Timur iaitu negara China dan Jepun sepanjang abad ke-20.. Aku agak teruja memasuki kelas ini.. Moga lebih banyak ilmu-ilmu yang akan perolehi kelak dalam .. InsyaAllah...


( kenangan Sem 5- tetamu pelajar catering KH)


Kelas hari Khamis ini ku kira sedikit berat kerana kelas direct bermula seawal 8 pagi sehingga ke pukul 1 petang.. Cukup Menduga.. pagi adalah kelas Sejarah Asia Tenggara lewat 1900- hingga 1963. Untuk subjek ini Kuliah diberi dalam bahasa Inggeris.. Mungkin ada baiknya, untuk pelajar-pelajar memberi tumpuan penuh semasa kuliah diberi.





( Kenangan sem 6 - KBN ampang Pecah )


Selain dua subjek di atas aku turut mengambil kaedah pengajaran Sejarah. Aku kira perlu untuk mengajar dengan baik kelak, kemahiran-kemahiran dan pendekatan untuk disiplin sejarah ini dipelajari..

( Terbaru minggu pertama sem 7 - D hdpn penjara Pudu)

Subjek ke-4 aku pada semester ini adalah Latihan Ilmiah yang memerlukan kerja keras dan perlunya sedikit kajian terhadap tajuk yang dipilih. Aku cukup takut untuk subjek ini apatah lagi sejak aku tahu aku di bawah pensyarah pembimbing iaitu DR badriyah .. Ketakutan bukan disebabkan reason yang besar, ketakutan sebab risau tidak akan mencapai apa yang diinginkan untuk tajuk yang telah kupilih. Namun aku akan gunakan peluang yang jarang-jarang kali aku akan dapat ini dengan sebaiknya. Mungkin lebih banyak akan aku perolehi dalam menempuhi tempoh penulisan ilmiah ini.



Apa pun kerisauan ku, apapun ketakutan dan apa pun.. jalan di hadapan perlu untuk ditempuhi. Yakin ku pada ketentuanNya atas smuanya. Tugasku redha atas segalanya, then berusaha meneliti hikmah di setiap sudut. Kerna ku yakini bahawa, kita tidak semestinya akan dapat apa yang kita pinta, kerna Allah lebih tahu apa yang perlu Buat kita.



" Moga hariku yang , mendatang lebih baik di pandanganNya"

W'alam..


TulisanKu yang banyak celanya....








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan