Jumaat, 1 April 2011

CATATAN TERBARUKU

Assalamualaikum wtb.........

Alhamdulillah, seketika ini, masih diberikan kesempatan ruang & waktu untuk berinteraksi dengan Kalam maya ini. Sudah begitu lama rasanya saya meninggalkan ruang ini . 24 jam pinjamanNya saban hari tidak dapat di catur dengan baik. Lalai sekali untuk memaksa diri memutarkan buah fikir.

AllahuRabbi... Tokoh perubatan Islam IBNU SINA yang juga punyai waktu pinjaman tidak lebih daripada saya bisa meninggalkan beratus-ratus karya dan buku, syair dan catatan yang bermanfaat sehingga dikenali oleh generasi Y pada masa kini. Namun aku, apa kelak yang bakal ku tinggalkan untuk Umat sebagai bekalan yang terus mengalir??? AllahuRabbi...

Telah menginjak ke minggu ke-9 menjalani praktikal dalam bidang pendidikan. Mempelajari pelbagai praktik dalam bidang perguruan. Tidak Mudah. Juga tidak senang menjalani watak sebagai Guru. Sebagai orang yang menunjuk ajar hingga tahu. Tidak mudah menanggung beban amanah ini yang kelak akan menjadi bahan penghakiman di mahkamah Allah.

Kelak, tangan, kaki , mata , hati yang diusung menunaikan amanah ini akan menjadi saksi di desa abadi nanti. Tiada satu pun akan terlepas dari dihakimi. Semakin hati dan jiwa dirundung kegelisahan menunaikan amanah dan mengejar penilaian manusia terhadap pengajaran dan Pembelajaran, suatu yang sangat aku sayu apabila menemui semakin hampir keyakinan dan Kecintaan fully hanya kepadaNya. Sangat bersyukur kepadaNya. Aku yakin, aku merancang, jika Berjaya mahupun gagal DIA lah yang menentukanNya. Kenapa perlu aku kecewa atas segalaNya. Kerana dialah pemegang Taqdir.

Seawal minggu pertama hingga ke-4 terkadang aku down apabila terasa teramat sukar untuk mendidik anak-anak ini. Semakin tidak menghormati aku di hadapan dengan pelbagai karenah yang sesak nafas untuk ditangani. Dan bukan tidak pernah hasil pembelajaran gagal dicapai disebabkan karenah mereka yang terlalu teruk aku rasa. Namun Aku menadah hati kehadratNya saban malam dan saban waktu agar berada dihatiKu untuk membekalkan aku pertolongan. Alhamdulillah sehingga Kini tidak lekang daripada mulutku untuk mengingatiNya. Besar lah jiwaku ini untuk memastikan mereka bukan menjadi MESIN yang bergred A, tetapi menjadi Manusia yang mempunyai Gred insan. Manusia yang kelak boleh memanusiakan... Merekalah sebagai bekal AkhiratKu... -----------------> To be continue

Tiada ulasan:

Catat Ulasan