Salam Aidil Adha.... Salam Pengorbanan... salam perjuangan buat semua Tetamu Allah di Tanah Suci...
Sedar tak sedar kini kita berada diambang 10 Zulhijjah ..Bermakna, kita telah menghampiri pengakhiran tahun 1431 tahun Hijrah.. mengikut perkiraan kalendar umat islam. Allahurabbi, sungguh cepat masa berlalu pergi tanpa menanti. Apakah bentuk pengorbanan kita sebelumnya? Untuk siapa pengorbanan kita? Juga matlamat pengorbanan yang bagaimana setakat ini kita lakukan? Tanya pada hati kita masing-masing. Bukan untuk menilai banyak mana, tapi untuk kita menilai betapa kurangnya pengorbanan kita. Setakat apa pengorbanan kita untuk mencapai matlamat mencapai keredhaanNya dalam kamus hidup perjalanan kita sepanjang titian ke belakangNya dapat kita lihat?? Masing-masing duduk berteleku, berbicara lah dalam monolog muhasabah untuk menghitung dan mencongak kelalaian kita.
Allāhu akbar, Allāhu akbar, Allāhu akbar,
lā ilāha illā Allāh
Allāhu akbar, Allāhu akbar
wa li-illāhil-hamd
Takbir laungan berisi makna puji Syukur di Atas Kebesaran yang Esa..Allahuakbar..The Greatest of ALLAH...
10 Zulhijjah, kini menjelma...
Tarikh yang sarat dengan iltizam pengorbanan.
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berapa pun angka korban yang dikorbankan, namun , bukan hanya materi sahaja yang perlu dikorbankan, kadangkala materi sahaja yang dikorbankan tidak menjamin ibadah yang kita lakukan semakin mendekatkan kita kepadaNya. Kerana intipati disebalik kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim terhadap anak daripada darah dagingnya sendiri iaitu, Nabi Ismail begitu besar yang tersirat untuk dihayati..Menguji bagaimana kecintaan kita kepadaNya. Adakah cukup hanya yang tampak dek mata, yang dengar dek telinga sahaja pengorbanan yang perlu??? Tidak wahai diri yang cukup lemah, bahawasanya kecintaan terhadap Allah tidak hanya yang tampak,bahkan pengorbanan yang cukup besar adalah pengorbanan yang bisa membuatkan kita dengan Pencipta menyatu di jiwa dan hati.
Korban merupakan frasa secara ungkapan bahasanya yang bermaksud dekat. Dekat kerana ia bisa mendekatkan kita dengan Pencipta saban waktu andai pengorbanan yang kita lakukan adalah kerana LillahiTaala... dari segi istilahnya pula membawakan intipati bagaimana kita jalankan perintah agama serta taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Membawa diri menelusuri semula keikhlasan Nabi Ibrahim menjalankan amanah dan perintah Allah wajar kita ambil sebagai suatu skala bagaimana menggapai Redha Allah perlu dilakukan dengan berkorban apa sahaja yang kita sayangi , sukai, punyai dan sebagainya. Kerana semuanya hanya pinjaman Allah. Kerna lahirnya kita di dunia tanpa punyai apa-apa, dan kelak kita meninggalkan destinasi dunia ini dalam keadaan tidak punya apa-apa jua...
Andainya tarikh 10 Zulhijjah digunakan untuk permulaan kehidupan yang lebih bermakna, maka mula hari ini sama-sama kita korbankan kebiasaan yang –ve dalam diri untuk melangkah dengan lebih baik di masa-masa hadapan.
Menjelangnya juga Eid-ul Adha pada esok dan sehingga ke 11,12 dan 13 Zulhijjah, Perbanyakkan ibadah. Berkorban hidup untuk mengejar rahmat dan redhaNya. Juga buat diriku yang seringkali lalai dalam menyusuri kehidupan yang tidak sudah-sudah dengan cubaan dan dugaan, baik dengan kenikmatan mahupun musibah, yakinlah setiap masa, sedetik nafas terhembus bahawa keyakinan dan cinta kepada Allah s.w.t jangan diragui setiap masa. Mohonlah agar Iman mu bisa memandui mu dalam lorong perjalanan yang betul yang bisa kelak memudahkan mu memijak JannahNya, kerna Ya Allah ya Rabbi aku tidak sanggup menghadapi nerakamu..
Firman Allah s.w.t, pada surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.”
Wassalam...
Salam eid Ul Adha..
Buat bapa,mak,kakak, dan adikku di rumah salam aidil Adha , maaf ku pinta atas setiap salah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan