Ahad, 31 Oktober 2010

Di akhir Semester 7

BismillahirRahmanirRahim


Syukur Alhamdulillah, khamis 28 Oktober 2010 , merupakan hari terakhir kuliah sepanjang bergelar pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris... Kelas terakhir di bilik Kuliah Proton City.. Tarikh yang sama juga, aku menghantar latihan Ilmiah yang diterokai semenjak awal tahun ni yakni semester 6. Fuh, lega sangat2, segalanya telah berakhir.

Latihan Ilmiahku setel berjilid....


Tinggal lagi, berdoa kehadratNya, agar dipermudahkan penilaian oleh Pensyarah penyelia. Dan sekarang, merupakan detik-detik terakhir sebelum meninggalkan bumi Khazanah ini,( bukan bermakna, segalanya berakhir dan aku akan konvo) tidak, kerana untuk semester ke-8, akan berada selama around 3 Months, untuk melakukan praktikal.. Bayangkan setelah 3 tahun lebih bertungkus lumus dengan ilmu dan teori yang dikendong, inilah masa untuk turun ke medan yang sebenarnya. Medan yang berat amanahnya.....Permudahkan yaAllah...


Beberapa minggu yang lepas merupakan detik genting memilih sekolah untuk melakukan praktikum ni. Pelbagai macam yang difikirkan, bagaimana iklim sekolah tersebut, level studennya, keadaan sekolah, jauh kah tidak, mudah @ tak petempatan dan pengangkutan, itu dan ini menerjah dibenak. Risau teramat sangat,... Aku bersama sahabat ku yg ku panggil saja Tizah, agak sukar memilih sekolah, lainlah kalau Sabah menjadi destinasi, senang2 dan mudah saja kami memilih.

Pilih punya pilih, di samping meminta pendapat dengan kak Mar,( ex Housemate 2 tahun lepas, baik sangat) sudah ku anggap seperti kakak sendiri....akhirnya pilihan ku tetap iaitu di sekolah SMk Seri Pengakalan, Alor Gajah Melaka. Pada awalnya, mahu memilih sekolah di Negeri Sembilan, namun atas beberapa pertimbangan, akur juga akhirnya memilih Melaka sebagai destinasi praktikum yang akan bermula pada 31 Januari 2011. Moga dipermudahkan segala kesusahan dan halangan yang dihadapi... hanya PadaMu hamba bergantung wahai Rabbi ku...

Rabu, 27 Oktober 2010

SEJAK AKU MENGETAHUINYA


(cOpy from FB bakal pengantin-Halal yer)



Pagi ini, agak sibuk mengemaskan barang-barang untuk berangkat smula ke Tg Malim... Berat sangat hati tiap kali flgt ke tanah Smenanjung tiba. Kali ini flgt ku tidak seperti biasanya. Perjalanan penerbangan pada waktu malam membuat hati ku terasa sangat berat, memandangkan terpaksa transit di LCCT dulu sebelum dapat Pulang ke Tg Malim..... arghhh....

Beep..beep... Bunyi mesej, sepertinya mesej masuk... no yg aku kenali. Biasa sahaja mesejnya. Menanyakan samada aku busy@ tidak... aku menjawab biasa.. seolah-olahnya dia ingin mengkhabari aku sesuatu. Lalu aku menanti mesej2 seterusnya. Dan di saat mesejnya menjemputku ke majlisnya pada bulan 11 ini, entah kenapa aku terduduk lalu terdiam dan berfikir seketika...Aku dlm keadaan tumpul utk menafsirkan perasaan ku tika itu.. sedih kah aku?? Tapi kenapa??,Gembira kah aku ?? juga kenapa aku plu gembira??.. hahaha, pa bila hati seringkali kita berikan ruang kepada syaitan untuk menyisip, inilah padanya. Namun, sebenarnya aku sedih di saat seolah-olah terasa cepat episod persahabatan ini akan hilang. Hahaha, padahal ada jer dia kat muka Bumi ni... tai everything will change kan.. ialah semua juga akan berubah. Tapi mungkin masa yg agak cepat menyambar.

Mina kata, kita dah kurang korum tidur d Pasti.. a’ah lah.. pasni tgl aku,icha n mina jak lah..huhu. Pastu dah tiada lagi episod sitkom2 lucu kalau ada program. Kita kan tu slalu melawak d mana sahaja. Pas ni mesti awak dah jarang dgn kami.


Gembira, ya Lah, org bina Masjid kan benda yg mulia. Utk ibadah. Gembira tak terhingga sejak aku mula mengetahuinya. Walaupun aku bukan tahu sangat pun siapakah pilihan hati sahabat kami ni. Tapi aku Yakin itu yg terbaik lah kan. Jadi sedikit janggal, bila kau memilih utk menamatkan zaman bujangmu tika masih dlm pengajian, namun aku yakin kau sudah merencanakan dengan baik bersama pasanganmu. Ku hanya mendoakan yang terbaik buatmu.

Kekecewaan ku hingga saat ini, tatkala ku belek kad yang kau kirimkan, kerana aku tidak pernah menyangka bahawa, aku tidak akan berada di sampingmu di majlis bahagiamu. Namun ketetapan yang perit utk diterima. Maafkan sahabat mu ini tidak dapat memenuhi undangan mu. Walaupun sudah aku merancang untuk cuba datang majlis di sebelah pihak lelaki, namun siapalah aku untuk menolak ketetapan takdir, bahawa aku tidak dapat datang juga pada masa itu.

Mungkin d majlis cukur jambul mu kelak aku mungkin dapat bersama. Ku titipkan doa Moga majlis mu dipermudahkan.( mudah-mudahan peroleh zuriat soleh wa solehah, sebagai bekalan doa di Sana)

Buat insan yang menjadi sahabatku dunia akhirat insyaAllah.

~Mood Come~





Setelah sekian lama, kini baru ada Mood mengupdate Laman ni,... Bukan tiada masa, namun jiwa tidak mampu dipandu untuk mencoretkan sesuatu.

Kali ini aku mulakan entry cerita selepas raya. Mula sahaja Kuliah selepas daripada bercuti raya baru-baru ni, minggu yang agak genting. Menghadiri Kuliah seperti biasa di tambah dengan beberapa tugasan yang menuntut untuk diselesaikan. Saban Minggu bab demi bab Latihan ilmiah perlu di hantar untuk semakan dan pembetulan oleh penyelia pembimbing. Alhamdulillah, diberikan pensyarah yang agak membuka minda untuk berfikir secara kritis.

Minggu yang sama selepas naik bercuti raya aku kena menyiapkan diri untuk membuat pengajaran (Macroteaching) di dalam kelas kaedah mengajar. Sedikit kalut dan gementar nak mengajar ni. Bersama Partner Jauli, kami cuba membuat yang termampu dilakukan. Kali ini diberikan subtopik Kerajaan Agraria bagi silibus tingkatan satu. Alhamdulillah berjalan dengan lancar berkat keizinanNya. Kerjasama yang baik diberikan oleh rakan-rakan sekelas. Syukran kalian.


( sesi pembentangan oleh pelajar ku- Tq)




Setelah selesai, dengan macroteaching, kena tumpu plak dengan tugasan lain. Pada minggu kedua selepas naik cuti pula, bermula lah episod kehidupan belajar sambil bekerja di bawah skim pelajar bekerja. 23 september bermula kontrak bekerja di unit pengijazahan.

Dapat kenal dengan staf2 akademik. Dapat bos enck Hashim dan enck Azrin yang baik dan sporting. Dapat kenal Kak Mai yang baik dan sporting gitu.... syukran. Dapat kenal kawan2 sekeja, adik Azri dan Iwan... sekarang ni ( saat entry ini ditaip tamatlah versi ini. Walaupun sekejap tapi banyak yang terjadi yang boleh diambil pengajaran, enhance jalan hidup ini dengan pengalaman yang mampu dijadikan sebagai iktibar.

Event penting, pada akhir syawal, malamnya kami adakan sedikit jamuan raya di rumah sewa kami di rumah 7A.. terima kasih rakan2 kami yg sudi dtg, kami hanya mampu menyediakan sajian ala kadar shaja.. Komited sungguh Cod & sod kami menyediakan juadah. semua sedap2... nyum2...

menu istimewa ; agar2 , coto, karipap...



Sekadar ini dahulu....

Coretan Hati,

yg salah Ampunkan Hamba ya Allah...

Jumaat, 24 September 2010

Mood Raya 23 tahun

Alhamdulillah syukur hanya kepada Nya yang layak dipersembahkan...

Sekarang, baru mood mengupdate Blog ni datang.. setelah beberapa kurun dibiarkan lemau.. masih dalam mood Syawal~ kesempatan mencoretkan kenangan beraya di Sabah bersama Keluarga yang sangat Sayangi...

Sepanjang bergelar pelajar di Upsi ( teratak ilmu ku) , seingat ku ini kali kedua aku pulang beraya. Bahagia sangat rasanya, dapat balik beraya di Samping keluarga. Memandangkan cuti pada kali ini seminggu lebih awal, maknanya aku berkesempatan pulang seminggu lebih awal. Dapatlah meringankan beban mak Ku untuk menyiapkan persiapan raya di rumah. Biasalah adik-beradik pun tiga orang jak...
Raya pertama hingga raya ke3, raya kat Tawau bersama keluarga dan Nenek yang tersayang~ Moga Allah sentiasa merahmati Nenek & Atuk~ Berilah kekuatan dan kesihatan buat mereka berdua. Merekalah Kesayangan Kami.Raya pada kali ini juga aku berkesempatan bertemu dengan sepupu-sepupu sebelah Mak... Ramai jugak . Kira baru juga lah dapat bejumpa dan dapat kumpul n beraya bersama. Ada juga sepupu-sepupu yang dah kacuk dengan cina. Muka pun ala-ala cina jugak... hehehe.... memang variasi lah keluarga belah Mak ku ni...
Setiba di Kinabatangan selepas pulang daripada Tawau, Raya ke 3 tu, sempat beraya sehingga ke malam bersama sahabat2 tersayang ( kak Tia, Kak Mia, Mina,Majhe,Arna, icha,co-pilot saidi, juga adik2, Tura dan TiQa) moga ini salah satu medium kita saling mengenali dan saling meraihkan utk mengeratkan ikatan persaudaraan kerana Allah, insyaAllah.
Raya keempat tolong Mak buat juadah dan persiapan utk terima kunjungan konvoi sahabat2 daripada sandakan, juga tunggu tetamu istimewa kakak ..

Raya ke-5,6 dan menjelang 18 September kembali menghitung hari utk kembali ke tjg Malim meneruskan baki2 kuliah yang ada. Kini aku berada lagi di tjg Malim, mneruskan perjuangan menyiapkan semester 7.. i’Allah semester depan yang bermula pada bulan 1 , 2011, aku dan rakan2 batch yang lain akan meninggalkan dunia kampus dan akan memulakan buku baru untuk terjun secara terus ke dunia pendidikan yang selama ini diteorikan.. mudahkan perjalanan Iman kami ya Allah.
~ Insan Kerdil di Sisi PenciptaNya~

Sabtu, 17 Julai 2010

MUHASABAH CUTI KU....

( MTC 2010 - Alhamdulillah selesai sudah)

ALHAMDULILLAH,

Ada sedikit kesempatan memaksa diri untuk menulis entry berkenaan dengan event yg ku lalui sepanjang cuti .. Seingat Aku selepas sahaja berhempas pulas semester lepas dengan peperiksaan akhir, bergegas pulang ke kg laman... Aku pasti ada tugas yang menanti. Ada hak yang perlu dilunasi.


Kerinduan yang teramat sangat kepada keluarga di Sabah membuatkan hatiku telah tiba beberapa minggu sebelum tarikh flight sebenarku ( hehehe), mungkin disebabkan telah beberapa bulan tidak pulang ke Sabah. Seingatku kali terakhir aku balik masa Ramadhan menuju Syawal tahun lepas, ditambah dengan masa laluku banyak terisi dengan kerja-kerja di Kampus sebagai mahasiswa. Kali ini ku kata pada diri pulangku untuk sesuatu yang telah lama kurindui...


Kali ini cuti ku di isi dengan beberapa siri program bersama sahabat/sahabiah di Kinabatangan. Permulaan cuti yakni di awal bulan Mei kami lebih banyak membuat pengurusan Program dengan menyiapkan kerja-kerja belakang tabir Program Muslim Teenagers Camp yang di beri nama . Program sebegini sememangnya lazim dianjurkan oleh kami semua di bawah Persatuan Siswazah Sabah , dan kali ini kami memilih sekolah tanah air ilmuku , tempat kami bermula dan bertatih banyak benda . iaitu SMK Bukit Garam . Alhamdulillah, Allah mengetahui tiap jejak Niat hambaNya, walaupun pelbagai kekangan dan dugaan yang diberi namun akhirnya program MTC ini berjaya dilaksanakan hingga kami berjaya menjalankan dua siri program selepas MTC ini.


Secara jujur, aku mengakui sendiri bahawa program MTC kali ini menuntut Kerja Keras kami, kerana terdapat beberapa atau banyak perkara aku kira yang dilakukan secara akhir masa. Diuji juga dengan kekurangan tenaga yang bakal menggerakkan program ini, menambahkan sedikit kesukaran untuk menyusun semula organisasi program. Selain, tarikh asal terpaksa ditukarkan kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Tidak ramai juga penggerak2 sebelum ini yang dapat balik disebabkan tuntutan peribadi,tuntutan pengajian,halangan masa dan sebagainya. Kami akui itu. Namun atas sebab yakin dan percayanya kami kepada pertolongan Allah, kami rintis jalan kesukaran tersebut untuk menemui hikmah yang dijanjikan.


Dan perlu diakui, bilamana kita telah berjanji untuk merelai yang dinamakan perjuangan, justeru itu juga pelbagai cabaran dan dugaan yang ditimpakan perlu juga kita redhai. Mengorbankan masa dan apa jua sepanjang program Muslim Teenagers Camp, aku akui bukannya mudah. Dengan halangan-halangan peribadi yang menuntut pelbagai solusi yang cukup bijak untuk kita memilih yang mana perlu didahulukan dan juga yang mana yang perlu kita ketepikan dahulu. Cuti yang cukup panjang pada kali ini betul2 aku cuba untuk meminimumkan kekosongan yang ada, memandangkan aku terpaksa mencuri masa yang ada untuk menyiapkan Latihan Ilmiah ku yang menuntut kajian dan pengumpulan bahan di Kota Kinabalu. Adush.Kadang kala, sedih juga bilamana kita tidak difahami, oleh orang-orang lain yang tidak berada di kondisi yang sama, justeru satu tahap aku cukup Rebel dengan diri ku sendiri, dan mungkin ada suatu tahap yang aku seolah-olah Enau di dalam Belukar, tapi ya seperti yang ku bisik kan pada diri, langkah lah ke hadapan dengan apa pun keputusan yang telah dibuat. Mungkin bukan sekarang hikmahnya datang, esok atau Lusa mungkin hikmah yang lain akan muncul...


Setakat ini dahulu coretan mukaddimah ku. Pengisian sepanjang MTC, Rehlah MTC dan juga kursus pemantapan organisasi Kelab Sahabat MTC bakal menyusul......




Wassalam.....

Kembali Ke Kampus

Assalamualaikum wbt...

( kenangan 2007( sem 1) - penghuni kolej Aminudin Baki)

Kali ini coretan tertunda, akibat masalah Blog yang sebelum ini. Aku memang teringin sangat untuk mencoret berkenaan dengan minggu pertama kuliah ku di sesi 2010.. Alhamdulillah, atas nikmat yang tak sudah-sudah, juga atas kasihnya Allah meminjamkan segala2 nikmat Yang menjadi hak mutlaknya, kini aku telah berada dan menginjak ke tahun 4 di semester ini.


( Kenangan Semester 2 - Gambar bersama Prof Yaakob)

Semester ini , jadual yang tidak terlalu padat memandangkan hanya 4 subjek sahaja yang perlu di ambil untuk semester ini. Namun di satu sudut yang lain mungkin ada hikmah juga, memandangkan semester ini juga buat kali pertama aku dan juga mungkin sebahagian rakan2 yang lain terpaksa menghadiri semua Kelas di Bilik Kuliah nun Jauh di Proton City. mungkin bukan juga terlalu jauh. kira-kira 18 Kilometer dari kampus utama UPSI, namun ia cukup jauh bagiku.
( kenangan sem 3- PR kampus )

Hari pertama menghadiri Kelas pada minggu ini adalah pada hari rabu, kelas Sejarah Asia Timur, sebenarnya aku dengan Coursemate yang lain telah keluar sejam lebih awal, namun mungkin disebabkan beberapa kekangan daripada Bus dan mungkin kami sendiri akhirnya kami masuk ke dalam Kelas, dalam Keadaan LEWAT.. Ketika itu, kelas telah bermula. hehehe Pengajaran Kepada diri....



( kenangan Sem 4 -bersama sahabat ku Aqila di MPPK -UTHM)

Kelas pertama View berkenaan dengan subjek yang akan kami tempuhi untuk semester ini, Sejarah Asia Timur . ringkasan subjek ini adalah fokus kepada pergolakan dan pemodenan yang dilalui oleh dua negara di bahagian Asia Timur iaitu negara China dan Jepun sepanjang abad ke-20.. Aku agak teruja memasuki kelas ini.. Moga lebih banyak ilmu-ilmu yang akan perolehi kelak dalam .. InsyaAllah...


( kenangan Sem 5- tetamu pelajar catering KH)


Kelas hari Khamis ini ku kira sedikit berat kerana kelas direct bermula seawal 8 pagi sehingga ke pukul 1 petang.. Cukup Menduga.. pagi adalah kelas Sejarah Asia Tenggara lewat 1900- hingga 1963. Untuk subjek ini Kuliah diberi dalam bahasa Inggeris.. Mungkin ada baiknya, untuk pelajar-pelajar memberi tumpuan penuh semasa kuliah diberi.





( Kenangan sem 6 - KBN ampang Pecah )


Selain dua subjek di atas aku turut mengambil kaedah pengajaran Sejarah. Aku kira perlu untuk mengajar dengan baik kelak, kemahiran-kemahiran dan pendekatan untuk disiplin sejarah ini dipelajari..

( Terbaru minggu pertama sem 7 - D hdpn penjara Pudu)

Subjek ke-4 aku pada semester ini adalah Latihan Ilmiah yang memerlukan kerja keras dan perlunya sedikit kajian terhadap tajuk yang dipilih. Aku cukup takut untuk subjek ini apatah lagi sejak aku tahu aku di bawah pensyarah pembimbing iaitu DR badriyah .. Ketakutan bukan disebabkan reason yang besar, ketakutan sebab risau tidak akan mencapai apa yang diinginkan untuk tajuk yang telah kupilih. Namun aku akan gunakan peluang yang jarang-jarang kali aku akan dapat ini dengan sebaiknya. Mungkin lebih banyak akan aku perolehi dalam menempuhi tempoh penulisan ilmiah ini.



Apa pun kerisauan ku, apapun ketakutan dan apa pun.. jalan di hadapan perlu untuk ditempuhi. Yakin ku pada ketentuanNya atas smuanya. Tugasku redha atas segalanya, then berusaha meneliti hikmah di setiap sudut. Kerna ku yakini bahawa, kita tidak semestinya akan dapat apa yang kita pinta, kerna Allah lebih tahu apa yang perlu Buat kita.



" Moga hariku yang , mendatang lebih baik di pandanganNya"

W'alam..


TulisanKu yang banyak celanya....








































Khamis, 15 Julai 2010

BERGERAK KE DEPAN..


ALHAMDULILLAH...
Dengan setinggi kesyukuranku kepadaNya pemilik dan pemberi segala Nikmat. Blog peribadi ku yang kedua ini telah berjaya ku bangunkan . walaupun sedikit kecewa dan sedih kerana sayangku pada Blog yang sebelum ini. Kerana di situlah banyak kenangan ku yang ku coret sepanjang dua tahu yang lalu. . Namun mungkin ada baiknya juga Blog baru ini dibina untuk aku melangkah ke hadapan dengan Blog baru yang ku brand kan dengan nama MOVE FORWARD.....


Ahlan Wasahlan kepada semua yang menyinggahi zone ku ini.. Moga ada yang baik yang sama2 kita perolehi...

W’alam...
04sya’ban 1431H