Isnin, 22 Julai 2013

layan kenangan, teman sepermainan..

entry khas buat teman .

april....sepatutnya catatan ini terlewat di masukkan beberapa bulan. mungkin dek kesibukan yang tak berpenghujung,sehinggakan ianya disimpan kedap sahaja di memori. tidak dinafikan bermula januari hingga mei bahkan berlarutan sehingga kinipun terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dan tak ada habisnya. april merupakan bulan bahagia seorang rakan yang paling akrab. bermula di tangga sekolah rendah bahkan sebelum mengenal abc mahupun alif ba ta,dialah rakan paling dekat. bersma menaiki sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah tetap juga bersma. sehingga perjuangan terakhir stpm terlalu banyak cerita yang kami punya bersama. rajuk, tawa, suka ,duka ...semua bersmanya. berpisah melanjutkan cita-cita dan harapan keluarga di Universiti berbeza namun tetap dekat di jiwa. walaupun tdak dapat menghadirkan diri sepanjang hari bahagianya namun sempat menjengahkan wajah barang seketika,gembira ku dikejauhan melihat persandinganmu di atas pelamin nan indah berona ceria. kau telah dimiliki sahabat ku. semoga kebahagian hakiki buat mu. doaku semoga perkahwinan mu ini merupakan gerbang kebahagiaan abadi buatmu.semoga mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. 
 cantik,padan serasi 

catatan buat mu wataq @ puan Hawati.. 

CATATAN RAMADHAN 1434 H

ASSALAMUALAIKUM WTB....

baru bertandang,
sedar bersawang,
jiwa xtenang,
mood hilang utk mengarang...

entah telah keberapa kali ku masuki laman ini, ku pandang kosong. terlalu banyak kata hendak di coretkan namun, entah kberapa kali niat itu mati.malam ini tatkala menginjak ke ramadhan yg ke 14- tiba2 jiwa sangat2 melonjak2 utk berkarya di pentas maya.
Boleh2 pula paswod pun sudah dilupa. namun cubaan yang kesekian kalinya dapat masuk pula.Alhamdulillah , terus tangan dihayun menekan abjad,mengatur satu persatu kata menjadi bicara jiwa melempiaskan segala kegusaran di jiwa.
menginjak ke usia yang semakin dekat menghampiri pencipta serasa terlalu banyak yang bermain di minda. terlalu jauh di simpan di sudut hati. terlalu sukar diluahkan. terlalu rahsia untuk diceritakan. terlalu berat untuk dikongsikan. saya lebih banyak memilih mengadu padaNya. airmata terlalu laju tatkala berbicara denganNya. Ya Allah betapa aku ini hambamu yang seringkali lalai dengan dunia fana ini.
semakin hari terasa amanah kian memberat di pundak. namun di hujungnya .....................

tunggu mood ok lah baru sambung... bahasa pun seolah mengikuti rentak pemilik jiwa....


* layankan kenangan2 2013 melalui wajah....

 ( atas : tengah siapkan prop rumah merah
bawah : bersama pahlawan merah)

 ( atas : berkat usaha: tempat kedua khemah dan perbarisan
bawah : di dalam kelas sejarah 1 Arc)
 ( bawah ; kek jamuan PPIM utk semester 1 
semester 2 jadi guru, pengakap pula hehe)