Selasa, 9 Oktober 2012

Reminder.. setel sesegera mungkin..


To do list !!!!

1.       Semak kertas exam sejarah ( 3 paper) 
2.       Semak kertas exam ekonomi asas
3.       Semak evidens PBS sejarah pelajar fom 1
4.       Key in pencapaian PBS pelajar
5.       Buat report kokurikulum PPIM, kelab Pencegahan Jenayah. Bola Baling
6.       Kad 001 Pelajar mau di hapdate
7.       Edar surat& borang pendaftaran semula
8.       Ada lagi paper exam perdagangan mau di semak
9.       Exam final sejarah fom 1 lagi
10.   Pendaftaran semula pelajar
11.   Key ini markah exam sebelum penyerahan laporan kepada ibu bapa by the end of this month
12.   Kerja unit hari ucapan 
13.   Buat surat reply STS lagi
14.   Fail panitia lagi
15.   Fail-fail Kokurikulum lagi mau di hapdate....
16. SKT
17. Hantar Rekod Pengajaran
18.penyerahan keputusan kpd ibu bapa
19. Hari kokum
20. Merentas Desa/kem Membaca 1 malaysia
21. Akaun Koperasi
22. Majalah Sekolah
23. Kajian Tindakan


---- Allahurabbi--------
Ya Allah, berikan aku kekuatan, jangan jauhkan aku daripada kerja da’wah yang pernah dibuat oleh Rasulullah disebabkan terlalu banyaknya tuntutan dunia yang sementara ini ya Allah. Selitkan iman yang utuh di jiwa saban waktu, saat sudah tidak mampu membendung airmata ‘Tidak sanggup’ ini.....
‘Muhasabah diri , mengambil ibrah dari sirah-sirah Nabi’

Kuatkan dirimu.... 
Jom kurangkan to do list !!!

Khamis, 4 Oktober 2012

Aku Gembira Jadi Guru, Cikgu, Teacher, Ustaza, ..



Las week bawa si sumil ni pegi hospital. Terlalu banyak bekerja sudah. Jadi perlu juga dirawat dia. Bayangkan dialah peneman setia ku ulg-alik beluran Kinabatangan every week.. mgu lalu bwa betulkan alignmentnya. Hentak sana, hentak sini .. biasalah jalan beluran ke Kinabatangan ni. Terlalu banyak mehnah yang perlu ditempuhi ST ku ni,.... walaupun jarak around plus minus 5o km lebih gitue jak... huhu.. d tambah aku ni pula, pantang namanya sabtu @ ahad mesti memecut balik rumah.

Entah macam low battery jak isnin ke jumaat berada di Beluran ni.. so.. jumaat 12 thari mesti memecut balik.. aku rasa dgn balik aku boleh cas balik battery aku.. even balik rumah bukan dpt berehat total pun, jalan, program, meting skali skala menuntut juga tenaga yg lebih. Sebab aku risau bila membiarkan diri terlalu di zon selesa sampai di uji dgn istidraj ..terlalu mengejar kesenangan dunia yg menipu smata-mata.. (Contoh istidraj ialah seperti seseorang yang diberikan harta kemewahan, lengkap serba-serbi, ada kereta besar, pakaian cantik dan seumpamanya, tetapi semua itu tidak dapat digunakan untuk dijadikan penyalur kepada ibadah kita kepada Allah)

Mungkin juga sebab budak nilah aku mesti balik every week.... buah hati pengarang jantung kami sekeluarga.. rindu dengan keletahnya, lagipun dengan balik boleh tolong mamak jaga dia.





Mengarut nya lah,... malam begini., walhal kerja menimbun. Sumpah..betul tekanan sudah menginjak ke akhir-akhir tahun ni. Tggjawab d sekolah melebihi masa kerja yang ada.

  -Aku guru kelas – urusan plg balik buku teks, urusan update data,urusan pendaftaran semula ( adoiiii.. aku baru ni, tu yg tension)

di bawah ni sesi begambar kelas ngan kanak-kanak ribena.. ;)




  - Aku cikgu sejarah tingkatan 4- tanda 3 paper sejarah – paper 1,2 dan 3.. 1 dan 2 tu biasa kot.. tang paper 3 tu rasa-rasa belum smpai suku mau temuntah sudah plus risau--- sejarah wajib lulus 2013.


  -Aku cgu baru ajar subjek ekonomi asas plus perdagangan- mau tanda semua paper lagi.. adoi... markah kena key in secepat-cepatnya pulak tue...
  - Aku guru penasihat ko- paling untung pegang ketua penasihat puteri Islam skali kelab pencegahan Jenayah- adoyaiiiii kenapa begini sekali dugaan diberi
   - Aku guru PBS paling tidak terperi busynya. Atas meja aku penuh, ndak cukup tu aku guna meja sebelah aku yg memang kosong tu, letak semua evidens pelajar sebanyak 4 set. Setiap set more than 10 pages., setiap pelajar ada 4 set.. itu baru 4 set. Ada 2 set lagi yg aku amik keputusan utk tidak buat iaitu band 5 dan band 6. Sebab bagi aku mustahil utk dinilai. Mau cakap di sini.... semua set-set tu perlu ditanda then dinilai . sebab itu adalah evidens. Ada 100 evidens. Pelajarku 84 orang... see... how depress, person yg bergelar cikgu nowadays...
  - Aku as anak lagi,.....Family is nombor one ( kalau ada lah org tanya kenapa mesti sanggup buat itu ini, memang aku sanggup buat apa saja demi family dan yg plg ptg utk mak sama bapa ku,. berapa sangat aku buat dan beri utk mereka berbanding yg diorang buat dan bagi utk Ku selama mana aku berpijak di muka bumi ni) 
  - Aku as HAMBA ALLAH ... Ini lah yg plg utama. Siapa pun aku, apapun urusan ku hari ni, saham akhirat ku perlu dibeli sebanyaknya, kerna aku tidak tahu kapan atau bila mesin oksigen yg aku guna ni akan dicabut . justeru, aku hak Yang Maha ESa. Mesti.. mau atau tidak diluar aku ada kerja lain yg membawa aku kepada mencapai keredhaanNya...

aku dan aku, telah aku pilih laluan ini, jadi mesti, harus dan should utk ku kuatkan kaki melangkah ke hadapan mengharungi arus yang kian menderas. ya.. mungkin ada org yang kata sebab inilah menjadikan dia takut untuk menjadi guru, namun aku tidak sesekali akan takut dan gentar kerna yakinku akan ganjaran dan pahala yang besar jika ikhlas peneman perjuangan. lagipun kalau xjadi cikgu, terus sambung master aku xmampu pula. kesian mak sama bapaku nanti tak dapat aku kasi senang-senang diorang dulu. mau kasi berenti bapa kerja. biar duduk rumah jak,...xboleh jak terlalu mengambil dan membuat keputusan tanpa mengambil kira orang dikotak lain,...hehe

sudah.....sudah.... cukup sudah..

Stop.... dulu sambung kemudian.. jom tanda paper...

Rabu, 3 Oktober 2012

Sekolah baru ku...

Assalamualaikum wtb...

Syukur seinfiniti hanya layak bagiNya. Tuhan punya semesta alam. masih lagi berkesempatan tangan mungil ini di hayun mengetuk kekunci laptop. mengatur perkataan demi perkataan, menjadi frasa kemudian ayat. Syukur ya Allah segala nikmat pancaindera , nikmat kemewahan dunia, masih belum kau tarik ia daripada ku. yg kerap kali saja lalai dan leka dalam menuntun jalan redha mu....

setelah menjangkau setahun sudah miss move forwad d biar sepi, kini ku gagahi diri untuk mencoret seribu satu erti hidup, jalan2 yang penuh onak dan berduri yang terlalu manis untuk dilupai....

Hari ini aku kuatkan hati dicelah timbunan kertas peperiksaan yang perlu ditanda usai pelajar ku selesai menjawab subjek yang aku ajarkan kepada mereka. huuuuu..... ku imbas dan belek2 saja berkali-kali kertas mereka sedari tadi, lalu aku mengambil keputusan.. mula menulis... mengetuk dan mengetuk perkataan..

Terasa rindu, tatkala mengimbau kenangan Campus life, rindu pada rutin, menulis setiap cebis kenangan pada laman ini... akur ku pada roda yang kerapkali berputar, membuatkan yang rutin dahulu terlalu sukar untuk dilakukan sekarang.. ya... berada di fasa menjadi pekerja, mendidik umat. memikul amanah, satu demi satu tanggungjawab yang dihempap ke bahu menjadikan masa kian menghimpit.. kadangkala waktu mengejar hingga menyesakkan dada. lalu aku istighfar tatkala dunia kian aku kejari, hingga lupaku pada ukhrawi... ampunkan aku ya Rabbi..

Kesempatan waktu yang sedikit menjadikan aku lupa, bahawa aku kini sedang berkhidmat d daerah yg tdak pernah aku bayangkan selama ini. berkhidmat d smk Beluran II, yang honest aku ckp, mmg tiada pernah terlintas pada screen mindaku. betull....

namun aku yakin dan percaya sudah pastinya tersirat 1001 hikmah yang bakal ditelusuri bersama dengan perjalanan hidup ini,...aku kini disini, sudah boleh beradaptasi, yakin kan ku temui pengalaman hidup yang paling manis di sini. bersama anak-anak didik yang kasihi.... SMK BELURAN II


( sekitar suasana tempat kerjaku - dicedok dr galeri org lain- halal yerr)





aku kini Cikgu
Thank Q Allah........